Tag: H1N1

  • Batuk, Selsema, Demam dan H1N1: Makan Ubat Untuk Kurangkan Simptom

    Salam sejahtera buat semua.

    Fever

    Sejak awal tahun ni, dah dua kali saya terkena batuk dan selsema yang berpanjangan. Sekali-sekala demam datang dikala suhu tubuh badan meningkat. Serius rasa sangat tak selesa bila selsema je memanjang. Hidung meleleh je dengan hingus yang cair.

    Jijik, tapi kalau korang sendiri yang kena macam ni, nak duduk diam memang tak boleh la. Rasa nak baring dan tidur je. Kalau masa kena batuk tu lagi la. Tengah syok tidur pun boleh terjaga sebab tak tahan sangat nak batuk. Batuk kadang-kadang sampai rasa nak terkeluar anak tekak dan segala isi perut. Kalau tidur dengan orang lain macam di asrama, memang kesian kawan tu sebab terganggu je dengan bunyi bising kita batuk-batuk.

    (more…)

  • H1N1: Kronologi Kematian (10 Pertama)

    Salam sejahtera buat semua.

    H1N1banner.jpg

    Tentu ramai yang dah dengar ayat sinikal ni kan.

    Mungkin singa dan harimau perlu mengaum untuk menakutkan manusia, namun babi hanya perlu sekadar bersin sahaja untuk menakutkan manusia sejagat di seluruh dunia

    Semakin hari, jumlah kematian di Malaysia meningkat sejak kes pertama kematian dilaporkan pada 22 Julai yang lalu. Agak terkejut juga apabila penularan menjadi semakin serius sehingga Perdana Menteri sendiri menyatakannya.

    Di bawah ini dipaparkan kronologi kematian akibat H1N1 (10 kematian pertama) yang telah mengorbankan 18 orang sehingga kini.

    (more…)