Cara pemakaian topeng penutup mulut

Salam sejahtera buat semua.

Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.

Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.

Baru-baru ini, saya sendiri telah ditanya oleh seorang rakan tentang cara pemakaian topeng penutup mulut yang betul. Mana taknya. Masing-masing pakai dengan stail sendiri. Ada yang pakai bawah hidung (sekadar tutup mulut, mungkin rimas pakai lama-lama). Ada juga yang memakainya untuk menutup mata, terutama dalam kelas semasa pensyarah sedang mengajar (taktik paling kurang ajar la ni).

Walaupun ada yang meragui keberkesanan topeng penutup mulut dalam menghalang penyebaran virus H1N1, pemakaian yang tepat dan betul tidak boleh dikesampingkan. Paling tidak, kita telah mengambil langkah yang kita mampu laksanakan dalam mengekang penyebarannya. Selebihnya, kita berserah kepada Allah.

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai topeng penutup mulut (jenis yang digantung pada telinga):

  1. Gunakan sabun anti bakteria untuk membersihkan kedua-dua belah tangan.
  2. Bukakan topeng penutup mulut, pastikan bahagian dalam dan luar dikenal pasti terlebih dahulu. Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan bersedia untuk dipakai. (Bahagian luar biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung).
  3. Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
  4. Pastikan topeng penutup mulut dipasang kemas dengan tangan.
  5. Bernafas seperti biasa.

Dalam keadaan di bawah, penukaran topeng penutup mulut adalah sangat disarankan:

  1. Selepas bersin atau batuk (tapi, kalau dah kena selsema dan batuk tu, macam mana yek?).
  2. Berada dalam kedudukan tiga kaki dengan orang yang bersin atau batuk serta tidak memakai topeng penutup mulut.
  3. Bila-bila masa yang dirasakan perlu terutama setelah yakin ia telah tercemar.

Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara-cara yang betul untuk memakai topeng penutup mulut, boleh hayati gambar-gambar di bawah.

topeng_1

topeng_2

topeng_3

topeng_4

topeng_5

topeng_6

topeng_7

beliamuda: cara-cara pemakaian di atas dan gambar dirujuk pada laman BMS Safety East Malaysia

24 thoughts on “Cara pemakaian topeng penutup mulut

  1. assalamualikum….ni nak tanya ni…kalaulahkan kita pakai penutup hidung and mulut tu kalau kita tidak sakit bukankah bakteria yang lain didalam topeng itu akan kita bau. dan ini menyababkan penyakit lain pula akan timbul….itu kata kata dari mak saya lah… kalau fakta tu tak betul…tolong betulkanlahya..

    • @ira, realitinya, setiap yang ada atas muka bumi ni ada bakteria.. di tangan kita, dalam udara, dalam tubuh kita, semuanya ada bakteria.. sama ada ia merbahaya ataupun tidak sahaja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge