Cara pemakaian topeng penutup mulut

Salam sejahtera buat semua.

Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.

Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.

Baru-baru ini, saya sendiri telah ditanya oleh seorang rakan tentang cara pemakaian topeng penutup mulut yang betul. Mana taknya. Masing-masing pakai dengan stail sendiri. Ada yang pakai bawah hidung (sekadar tutup mulut, mungkin rimas pakai lama-lama). Ada juga yang memakainya untuk menutup mata, terutama dalam kelas semasa pensyarah sedang mengajar (taktik paling kurang ajar la ni).

Walaupun ada yang meragui keberkesanan topeng penutup mulut dalam menghalang penyebaran virus H1N1, pemakaian yang tepat dan betul tidak boleh dikesampingkan. Paling tidak, kita telah mengambil langkah yang kita mampu laksanakan dalam mengekang penyebarannya. Selebihnya, kita berserah kepada Allah.

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai topeng penutup mulut (jenis yang digantung pada telinga):

  1. Gunakan sabun anti bakteria untuk membersihkan kedua-dua belah tangan.
  2. Bukakan topeng penutup mulut, pastikan bahagian dalam dan luar dikenal pasti terlebih dahulu. Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan bersedia untuk dipakai. (Bahagian luar biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung).
  3. Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
  4. Pastikan topeng penutup mulut dipasang kemas dengan tangan.
  5. Bernafas seperti biasa.

Dalam keadaan di bawah, penukaran topeng penutup mulut adalah sangat disarankan:

  1. Selepas bersin atau batuk (tapi, kalau dah kena selsema dan batuk tu, macam mana yek?).
  2. Berada dalam kedudukan tiga kaki dengan orang yang bersin atau batuk serta tidak memakai topeng penutup mulut.
  3. Bila-bila masa yang dirasakan perlu terutama setelah yakin ia telah tercemar.

Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara-cara yang betul untuk memakai topeng penutup mulut, boleh hayati gambar-gambar di bawah.

topeng_1

topeng_2

topeng_3

topeng_4

topeng_5

topeng_6

topeng_7

beliamuda: cara-cara pemakaian di atas dan gambar dirujuk pada laman BMS Safety East Malaysia

Comments

24 responses to “Cara pemakaian topeng penutup mulut”

  1. ikin Avatar

    kenape bukan anda saje yg jd model pakai topeng itu?
    ekeke.
    .-= ikin´s last blog ..pengalaman pertama wall climbing. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, mudah saja.. sebab saya sendiri belum berkesempatan memakai + model lain dah ada.. haha

      1. E Avatar

        @beliamuda,ha a patut ko yg jadi model yo
        .-= E´s last blog ..kereta apa ini? =-.

  2. zoolz Avatar

    Kat opis ni pun ramai dah pakai.. kadang2 pakai saja nak melawak je
    .-= zoolz´s last blog ..Upin dan Ipin ke Hollywood =-.

  3. hakim Avatar

    arap2 lepas buka balik utp ni,xde la kes…
    .-= hakim´s last blog ..We can provide them stadiums =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hakim, moga-moga.. rasanya kena pakai mask lagi lepas nih..

  4. fafa Avatar

    haha
    skola fafa pon ramai yang pkai
    macam na buat pembedahan je
    :PP
    .-= fafa´s last blog ..home sweet home =-.

    1. beliamuda Avatar

      @fafa, haha.. memang la, sebab mask yang biasa tu dikenali sebagai surgery mask.. ada la kod-kod pelik untuk mask nih..

  5. loq Avatar

    akhirnya sekolah aku dah ditutup
    dan seminggu lepas
    aku dah mula pakai mask ke sekolah
    mula2 pakai yg cikai2 punye
    pastu aku pakai yg bio hazard punye mask tu
    gile cool !

    1. beliamuda Avatar

      @loq, wow.. ada amek gambar tak? haha..

      1. MQ1 Avatar
        MQ1

        @beliamuda, mane nk beli mask yg bio hazrd??

        1. beliamuda Avatar

          @MQ1, hmm.. try cari kat kedai yang jual bahan-bahan kimia, takpun try approach pihak tentera.. aku pun kurang pasti ada jual ke tak secara terbuka…

  6. […] beliamuda: tak mahu komen banyak.. cuma maklumat salin dan tampal sahaja (kopipes)… ambilah langkah pencegahan… […]

  7. […] mati itu pasti, hidup insyaAllah… ambilah langkah pencegahan… […]

  8. MQ1 Avatar
    MQ1

    skrg kat ofis dh mula pakai..siap gaduh xtau mana satu depan n belakang…

    eh stakat ni…ade x g temuramah mangsa2 h1n1 …or famly yg dh meninggal…. nape sorok seme tue

    1. beliamuda Avatar

      @MQ1, fuh, leh gaduh lak.. ajar la diorang cara yang betul… hehe

      rasanya, bukan takde, tapi mungkin mahu jaga sosial keluarga tu kot.. ye la, kalau orang dah tahu, mungkin ramai akan jauhkan diri.. skg ni pun tgh hangat nak dedahkan lokasi panas…

  9. mask man Avatar
    mask man

    confused dgn cara pemakaian topeng neh… ada 2 side! fungsi topeng yang berwarna biru/hijau adalah lapisan yang membunuh bakteria.. tp kita disarankan utk memakai topeng yang berwana biru/hijau di sebelah luar.. warna putih kat sebelah dalam! tp kalau bakteria tuh masuk dari arah tepi/bawah/atas masih lagi tak selamat… saya rasa perlu pakai topeng yang berwarna di sebelah dalam.. logiknya bakteria akan melekat pada lapisan yang berwana tuh kalau dipakai sebelah dalam… putih di luar! nak lagi bagus.. cipta tpoeng yang fungsinya membunuh bakteria di sblah luar/dalam topeng. –mask man—

    1. beliamuda Avatar

      @mask man, kalau lapisan tu untuk membunuh bakteria, maknanya tak berkesan la untuk H1N1.. sebab H1N1 tu adalah virus… satu lagi, cara pemakaian yang betul tu adalah untuk menghalang bukaan di bahagian atas, bawah dan tepi…

  10. ida Avatar
    ida

    sy keliru r…pmakaian yg sebtlnye mcm ne ek?
    berwarna d luar ke d dlm?
    slalunye nmpk yg wane putih 2 kt luar…
    pe fungsi bewarna 2?

    1. beliamuda Avatar

      @ida, yang berwarna adalah diluar megikut rujukan saya… bahagian berwarna tu mempunyai kandungan tertentu yang disyaki membantu proses membersih kandungan udara yang melaluinya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge