Selamat sampai di UTP akhirnya

Salam sejahtera buat semua.

Selamat-belajar-July-09

Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai juga ke UTP untuk memulakan sesi semester July 2009. Kelas pertama akan bermula pada 20 haribulan ni. Aku tiba kira-kira pukul 12 tengah hari setelah dua jam perjalanan dari USM Kampus Induk, Pulau Pilang. Sebaik sahaja tiba, terus sahaja aku ke klinik untuk pemeriksaan saringan H1N1. Nasib baik lepas sebab dia cuma check suhu badan je (lebih tepat lagi suhu dahi.. :p).

Untuk sem kali ni, aku telah mendaftar untuk subjek Probability and Statistics (3 jam kredit), Separation Process II (4 jam kredit), Reaction Engineering (4 jam kredit), Process Instrumentation (2 jam kredit), Process Safety and Loss Prevention (3 jam kredit) dan juga Gamelan (1 jam kredit). Tapi, kalau tengok jadual tuh, macam ada clash banyak jek. Gamelan rasanya dah tak dapat diselamatkan dan perlu drop la lepas ni. Pembahagian group untuk Sepro telah dibuat dan senarai boleh didapati di elearning ataupun untuk Cheme Jan07 boleh ambil di blog Cheme Jan07 atau home page cheme Jan07 (aka Google Group..)

Jadual kali ni, macam sem lepas mengharap kepada Irda untuk susun. Aku sendiri tak sempat nak semak lagi. Lepas lunch semalam, terus aku mematikan diri sebab rasa letih sangat. Dua malam-malam berturut-turut tidur lambat. Kena pulak tengah syok tidur rumet kejut untuk ingatkan aku suruh gi amik barang kat dalam stor. Rasa cam malas, jadi aku menolak dan terus sambung tidur balik.

beliamuda: itu sahaja untuk kali ini. Kepada kawan-kawan seperjuangan, selamat berjuang di medan lecture, lab mahupun di bilik (dengar kata rumah aku dah ada empat orang penDota tegar).

6 thoughts on “Selamat sampai di UTP akhirnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge