Tag daripada fi3lina

Salam sejahtera buat semua.

Sejak aku mula blogging di platform wordpress self-hosted ni, jadi jarang nak balas-balas tag daripada rakan. Bukan sebab tak nak, tapi sejak menulis di sini, kecenderungan untuk menulis semakin berubah. Tapi, aku teringat kata-kata Pjoe, balasan tag ni sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang ingat kepada kita.

Jadi, di kesempatan entri ni aku akan membalas tag daripada fitrilina. Aku kenal dengan dia sejak awal zaman foundation lagi. Tu pun sebab kami dalam group drama yang sama untuk English course. Sekarang ni dia dah berada di India untuk belajar Medik.

~~~

1) Bekas kekasih saya
aku tak pernah ada kekasih, apatah lagi yang telah menjadi bekas…

2) Saya sedang mendengar
lagu In Team daripada album Nur Insani. Album ni dah lama ada dalam dekstop kat rumah, tapi baru amik masuk dalam laptop ni.

3) Mungkin saya patut
susun cepat-cepat jadual sem ni. Dah disusun sebenarnya, cuma tak tengok betul-betul lagi…

4) Saya suka
melihat, membaca dan menulis… :p

5) Sahabat-sahabat saya
mereka yang nyata tidak lari apabila saya memerlukan pertolongan… kamu dan kamulah…

6) Saya tak faham
kenapalah malas sangat sekarang ek.. dah kurang cergas sejak cuti semester ni..

7) Saya kehilangan
hampir kehilangan laptop ni apabila disambar kilat tempoh hari, namun masih mampu beroperasi walaupun tanpa adapter LAN yang memang dah rosak terus.

8) Ramai yang berkata
aku ni pandai dan rajin. Cis, mana ada la. Sampaikan aku kena buktikan dalam result sem lepas (alasan tak boleh blah..)

9) Cinta itu adalah
dua insan satu rasa ek? hehe.. tak tahu la benda macam ni.. :p

10) Di suatu tempat, seseorang sedang
sibuk dengan tugasan mereka… semuanya ada masuk event sem ni.. aku juga yang kesepian dengan blog ni..

11) Saya akan cuba
untuk bangkit kembali sem ni dan mengheret sama mereka-mereka yang ada di sekeliling saya…

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
selagi perkataan selamanya tu masih wujud… tak pun ia adalah sesuatu yang menjadi kepunyaan selama.. itu aku punya la… lalaa~~

13) Telefon bimbit saya
ada dua.. satu yang diberi hadiah, satu lagi beli dengan duit sendiri (murah je)

14) Bila saya terjaga
mesti saya akan pandang siling.. tak pun fikir apa la benda yang aku mimpikan tadi…

15) Saya paling meluat
!@#$%^&*()

16) Pesta/parti adalah
best jika ianya memang best…

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
apa ya? hmm.. macam tak pernah jumpa.. manusia paling comel pernah la.. haha~~

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
setiap peringkat umur tu ada kisah tersendiri.. tak caya? leh baca kat sini

19) Hari ini
aku telah menghadap laptop sejak pagi lagi… bila nak mula agenda lain ni?

20) Malam ini saya akan
rasanya saya nak rancang apa yang perlu dibuat esoknya.. kelas pertama untuk sem ni..

21) Esok pula saya akan
ke kelas yang pertama untuk sem ni…

22) Saya betul-betul inginkan
banyak benda yang saya nak, tapi walau sekuat mana keinginan, tak semestinya dapat kan…

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
serabutnya, muka baru bangun tidur kot.. hehe…

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
aku suka dengan pusat membeli-belah, tapi cepat sangat aku sakit mata kalau gi situ.. aku pun tak tahu kenapa.. kamu tahu?

25) Makanan Barat atau Jepun?
Barat atau Jepun.. hmm.. aku tak pernah rasa makanan Jepun, tapi kalau ada peluang, aku pun nak rasa gak..

26) Bilik yang terang atau gelap?
diantara boleh tak? kalau terang sangat, boleh sakit mata.. kalau gelap pun sama..

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
borak dengan sahabat yang meluahkan isi hatinya… sabar je la ek.. aku pun macam kena jugak.. pastu boleh pulak ada orang tanya aku esok cuti ke tak? cuti apa ek?

beliamuda: ada campuran ganti nama diri aku dan saya.. tengok keadaan la kan…

3 thoughts on “Tag daripada fi3lina

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge