Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. cik LIMAH Avatar
    cik LIMAH

    SUSAH KE SENANG AKAUN? CKAP CKIT PSANAN OR NSIHAT DAN KATA2 +VE.

    1. beliamuda Avatar

      @cik LIMAH, susah ke senang tu, saya pun tak tahu nak jawab. saya berada dalam bidang kejuruteraan.

      dalam belajar, pasti ada likunya. perakaunan dilihat lebih sesuai kepada mereka yang selalu menggunakan logik, bermain2 dengan nombor dan mahir dalam pengiraan.

      sekadar pandangan daripada saya.

  2. atyn Avatar
    atyn

    tnye cket..
    amik aliran akaun,tp akaun dpt E,
    ekonomi D,tp subjek laen ok,
    agak2 ley ker dpt msk matrik??
    pls reply..

  3. amina Avatar
    amina

    ap kelayakan tuk amik biotechnology?

    1. beliamuda Avatar

      @amina, kalau nak amik biotek di peringkat ijazah, biasanya kena ambil dulu aliran sains (tak pasti sains hayat atau sains fizikal) di peringkat matrik atau asasi. boleh juga ambil melalui A-Level.

  4. memeymeyh Avatar
    memeymeyh

    hmmm..xpe..jgn risau nothing impossible azmeer..cume i rs u akn ditawarkan sains fizikal according 2 ur result..but dont worry u can change ur course bile dah daftar nnt….juz alert je ms mggu orentasi..ok???

    by the way i dpt pdt je pon..result memg mcm hampehh jew…but now insyaallah i will become a doctor in future…

    pesanan i…bile msok matrix jgn lupe diri…blaja btoi2..jgn men2..
    ok pape pon wish u luck k!!

  5. memeymeyh Avatar
    memeymeyh

    iyekis..awk terlabih layak

  6. Nur Avatar
    Nur

    bila semakan status permohonan ke matrikulasi boleh dibuat?
    kalau kimia sy dpt c, masih ada peluang ke nk dpt?

    1. must92 Avatar
      must92

      @Nur, drpd tahun2 yg lepas,keputsan matriks slalunya samada bln 5 atau 6.. bergantung jgk kpd result yg kta dpt. kalau awal maybe utk program satu thm. kalo lambt mgkn yg sebaliknya. apa2pon kita berdoa je la.

    2. beliamuda Avatar

      @Nur, around mid april…

      1. Nur Avatar
        Nur

        @beliamuda, thanks..
        subjek elektif sy;
        A- dalam EST,
        B dalam physics dan bio
        C+ admath
        C kimia
        adakah masih ade peluang lagi dapat matrik 1 tahun?
        sebab denga citer, ramai dapat straight a taun ni…

        1. azfarnds Avatar
          azfarnds

          @Nur, selalunye kalau dpt straight A dieorang mesti dapat tajaan atau dpt tawaran masuk asasi…

  7. nurul Avatar
    nurul

    salam,
    i want to ask something
    i just got my spm result a couple of weeks ago
    and its not something good to hear
    i just got 5a-bm,bi,math,pend.islam,sej..
    2b-physics n tssawur 2c-chemistry and bio

    unfortunately,i got D fer my addmath.
    i think that my chance to go for matrik PST is impossible

    so i want to know how to make the rayuan?

    1. beliamuda Avatar

      @nurul, mengenai rayuan, kena tunggu keputusan kemasukan diumumkan dahulu…

  8. SABARIATUL Avatar
    SABARIATUL

    nak tanyeww…kalo subjek bi setakat lulus je bole ke terima?

    1. beliamuda Avatar

      @SABARIATUL, boleh kot. lagipun, dalam matrik. result tidak dimasukkan pun untuk BI. tpi, tengok keadaan jugak la.

  9. ebet Avatar
    ebet

    salam..semakan untuk kemasukan ke matrik bila boleh di buat?skarng dah bole check ke?

    1. beliamuda Avatar

      @ebet, maybe 16 april nnt.

  10. Azfarnds Avatar
    Azfarnds

    Klu result cam nie leh x?
    BM = B
    BI = B
    AG = B
    MT = A-
    SJ = A-
    GEO = A
    ADD MATH = C
    FZ = C+
    CHE = C
    BIO = B

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge