beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

universe (combo horizontal)

Sejak aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada enjin carian seperti Google. Jadi, kali ini aku masukkan sambungan kedua koleksi kata-kata hikmah dengan petikan daripada kata-kata tokoh terdahulu. Kata-kata hikmah ini tergolong dalam kata-kata hikmah adab. Layan dan hayati kata-kata hikmah di bawah.

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

beliamuda: terpekat dengan keyword kata-kata hikmah…

03

July
2009
Masa: 20:54

66 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. vividian

    waa..rajin nye berfalsafah..nak jadi arisbotle lak ke..hehe

    [Reply]

  2. mana de aku berfalsafah… ada ke?

    [Reply]

  3. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)

    ratna tu ape ek? 1st time dengar
    ada kene mgena dgn mee ratna ke ? haha

    [Reply]

  4. acab nak tahu? hmm… ratna tu.. menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adalah permata..

    kalau gabung dengan mutu manikam, ia akan jadi berbagai-bagai intan permata…

    kalau nak kena denga mee ratna pun, lepas dapat tukar permata tu dengan duit la.. baru dapat beli mee ratna.. ke macam mana? hehe~~

    [Reply]

  5. kerepektempe

    owhh.. permata… haha bijak2..
    (tgah google mee ratna mcm mane bentuknya haha)

    [Reply]

  6. mee ada rupa len plak ke? ada bentuk bulat2 eh? hehe~~

    [Reply]

  7. bes2 je ayat2 sume^^

    ase nk makan mee la plak.
    kah3.

    nipi.
    belanjo aku!!

    [Reply]

  8. mung nok make gapo? ada maso nanti aku belanjo.. huhu~~

    [Reply]

  9. ayat2 bez.sggh dramatis..

    ps:kawe nok make jgok

    [Reply]

  10. demo nok make gpo? mee ratna jugok ko? hehe~~

    [Reply]

  11. bagus bro
    bende tu dah boleh jadik niche untuk blog ko
    semoga berjaya bro

    [Reply]

  12. aku tak berniat pun nak jadikan tu sebagai niche blog aku.. lagipun, blog ni blog personal je.. apa yang aku tulis pun ikut mood je..

    [Reply]

  13. tp still rmai yg masih x reti nak beradab..hurm.. slh ibu bapa kah?

    [Reply]

    Nur Syafiqah Mustafa Reply:

    x de r salah sgt….

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nur Syafiqah Mustafa, maksudnya?

    [Reply]

  14. berapa lamakah masa anak-anak berada dekat dengan ibu bapa masing-masing dalam keadaan masa kini?

    [Reply]

  15. melentor buloh biorlah dari rebongyer…
    rock the world..!!heheehehhe

    [Reply]

  16. salah tu tak boleh nak tuding kat sesape dengan sepenuhnya.hidup kau.kau jagalah sendiri.kau dah besar.dah ade otak.dah tahu pikir.kalau kau pandai pakai baju.sikat rambut bergaya sana sini.jalan sana sini.semua tu pakai otak sendiri gak.ade kau patuh segala mala arahan parent?tidak pun kan.haha.

    mmgla melentur buluh dari rebungnya.tapi kadang2 ade jek parent ntah hape2.tp anaknya alim yang bagoz amaat.ade je parent alim2 amaat2.anaknye ntah ke mana2.

    wallahualam~

    masing2 ade haluan dan care hidup berbeza=)
    otak
    hati
    jiwa
    sekeliling
    pelbagai lagi faktor.

    wassalam.
    ak hanya berkata ape yg aku fikirkan.
    tiada berpihak mana2^^

    [Reply]

    budak sweet Reply:

    @pisey, mmm..btl 2.

    [Reply]

  17. kalau dah besar, itu sudah masuk bab lain. Tapi, semasa zaman anak tu sendiri masih berada di bawah tanggungjawab ibu bapa. Semasa ibu bapa masih lagi menanggung segala dosa anak-anak.

    namun, kita tidak boleh menolak kemungkinan wujudnya situasi yang berbeza untuk setiap kes. tepuk dada, tanya ….~~

    [Reply]

    gaffield Reply:

    tepuk dada…tanya iman…
    iman lah akn jwb segalanya…

    [Reply]

  18. giler ar kata2 dorg,mmg berguna.nway bro thanks 4 the mssage.baru perasan.dah boleh gne dah skrg

    [Reply]

  19. mereka ni bukan sembarangan..

    hmm.. beyeh~~

    [Reply]

  20. bole x klu ak nak slhkan ibu bapa gak?? hee~

    becoz adalah tgjwb mrk utk mendidik anak2.. only dat nowadays.. parents are too bz with other ‘responsibilities’..

    huu~

    kalau ibu bapa dak didik anak sehabis baik… but still bile da bsr anak 2 jd x baek gak… then mmg slh anak 2 sndri r..

    Allahua’lam~

    [Reply]

  21. bapok la bestnya bila entry kita duk kat tangga pertama dalam google. tak kiralah keyword niche ker tak niche ker.. hahaha

    [Reply]

  22. actually, ada jer peluang nak duk tangga pertama.. cuma kena tengok keyword la.. kalau keyword yang berterabur banyak orang guna, payah sikit la kan nak bersaing… hehe~~

    [Reply]

  23. fifie ierina

    salam ziarah..

    1st time datang dan 1st time bg komen.. :)
    sy bru je wat blog sendiri 1 mgu yg lepas,
    da ade bbpe entri pn.. tp xtaw cmne nk ajak
    bloggers len msuk blog sy.. hahaha, cm
    malu pn ade.. that’s why sy xtglkn link kt
    cni.. =p

    erm, blog yg bgs! sy plg ske yg nie,
    “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”.. nice words…

    awak belajar d UTP ke? amek course pe ye?

    [Reply]

  24. wasalam… hmm..

    terima kasih kerana sudi datang bertandang.. kenapa nak malu dengan blog sendiri plak? kalau nak orang masuk blog awak, letakkan sekali link masa komen di sini… boleh saya bertandang.. hehe..

    yup, saya pelajar UTP, Cheme Jan 07.

    ~~nanti dah dah ada ABOUT page, senang sikit kan.. tak payah nak tanya banyak kali.. blog ni pun banyak kekurangan lagi..

    [Reply]

  25. su

    assalamualaikum…kate-kate hikmah ni bagus sgt2..sesuai untuk remaje2 ari ni

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    saya setuju.. adab ni seakan-akan sudah semakin hilang daripada jati diri masyarakat terutama remaja…

    [Reply]

  26. alesya

    dari kaya2 kte dpt dinilai.. btul x

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @alesya, err.. maksudnya?

    [Reply]

  27. kumi2

    helo beliamuda,bkn sume remaja hlng adab!!!org tua pon ade!!!

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @kumi2, kita tak bercakap mengenai orang tua yang dah takde harapan lagi.. kita memperkatakan tentang remaja yang bakal mewarisi…

    yang muda disayangi, yang tua dihormati.. salam kenal~

    [Reply]

  28. remajatua

    salam…
    best la kata2 hikmh ni..n sy sarnkn agar koleksi yang brmnfaat sprti ini diprbnykkn lagi agar golongan remaja
    dpt faedah drpdny…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @remajatua, insyaALLAH.. koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa… sibuk dengan pengakhiran semester ni..

    [Reply]

  29. naqiera(n_n)

    kdg2 bez gak kalau layan kata2 hikmah ke mutiara kata ke kn..?? bgoz2 len kali letak yg bez2 agy k..! good luck n good bye.. assalamualaikum..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @naqiera(n_n), terima kasih… akan diletak lagi di masa hadapan… waalaikumussalam..

    [Reply]

  30. ok jugak laman ni. apapun teruskan menulis kerana mematangkan fikiran dan menambah pengalaman

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zaris, terima kasih~

    [Reply]

  31. Assalamualaikum..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nuroul, waalaikumussalam…

    [Reply]

  32. Syakirah Salsabila Che Mat

    Bagus sekali ruangan ne yea. Minta Izin pinjam kata-kata yg hebat ne ….. bleh jd renungan bersama …. TQ

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Syakirah Salsabila Che Mat, silakan saja..

    [Reply]

  33. lieyza

    hye sume..sy ni bru jer lps spm 2009..doakn sy yep!sy bdk SMKA TOK JIRING,K.TERENGGANU..kpd aurora sume,slm syg dr ak Noraliza bt Majid..geng korang sume..hehehe

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @lieyza, semoga berjaya.

    [Reply]

  34. Bebe

    wOow…mesti rajin membaca ni :)

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Bebe, sikit2 je la.

    [Reply]

  35. 180 kali hari ini sahaja.. Murah rezeki hendaknya

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hujanlebat, alhamdulillah.

    [Reply]

    hujanlebat Reply:

    @beliamuda, nak tanya.. soalan personal. dah berapa lama develop blog ni?
    hujanlebat´s last blog ..Bagaimana Untuk Anda Menjadi Lebih Berpengaruh? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hujanlebat, blog ni dah hampir setahun umurnya.

    [Reply]

  36. takde ke kata2 tg lebih memberi perangsang atau kata2 semangat…………..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @fatihah, ada je. tak berkesempatan nak siarkan lagi.

    [Reply]

  37. faz

    asalamkum

    [Reply]

    budak sweet Reply:

    @faz, wassalam….

    [Reply]

  38. Terima Kasih
    aneess´s last blog ..Greenday My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @aneess, sama-sama.

    [Reply]

  39. nur

    suka sgt dpt baca kata2 ni…

    [Reply]

  40. budak sweet

    ASKUM CUME.MMM….SBNRNYA KMU CUME NIE FHM KE APA2 YG TRTLS DIATAS 2.TAU NK TLS AJERRRRR…….

    [Reply]

  41. mkmz hijau kuning

    baca btoi2..Insya-Allah…faham..
    dan Alhamdulillah, sya faham..thanks ya..

    the best and beautiful things in the world cannot be seen, non touched,But are felt in the heart.
    -Helen Keller

    [Reply]

  42. dengan izin ambil maklumat untuk tatpan pengunjung..t/ksh

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @pakcikim, silakan.

    [Reply]

  43. sry…bru nk join..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @eddy herman, silakan.

    [Reply]

  44. Sara

    Urm…sorry tanya tp ada website makna sekali x?

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan