Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. daisy Avatar
    daisy

    saya tidak apply untuk matriculation pada tahun 2009, tetapi sekarang permohonan telah ditutup. Saya ingin buat course matriculation aliran science. Adakah saya berpeluang untuk buat matriculation.
    *saya telah mendapat 6a 2b dan 1c.Saya mendapat a dalam mata pelajaran bahasa malaysia, bahasa inggeris, matematik , matematik tambahan,pendidikan moral dan kimia.Saya mendapat b dalam biology dan physics. dan c dalam sejarah.
    adakah saya berpeluang untuk belajar matriculation?

    1. beliamuda Avatar

      @daisy, permohonan matrik dah lama ditutup dan sekarang mereka dalam proses mengeluarkan keputusan pelajar yang layak.

  2. Iman Avatar

    Salam..
    Betulke kelayakan matrik lebih kepada mereka yang dapat 6a ke atas?Maksudnya yang 5a ke bawah tak boleh dapatke?
    terima kasih.

    1. nonimes Avatar
      nonimes

      @Iman, kemasukan ke matrikulasi lebih mengutamakan pencapaian add math,physics,kimia dan bio anda dalam spm.pencapaian A dalam mana-mana matapelajaran selain dari 4 subject utama itu tidak membantu anda ke matrikulasi

  3. Muhammad Khushairi Avatar

    saye dpt result 1A 2B 4C 2D..

    layak ke saye msuk ?

  4. iyekis Avatar
    iyekis

    saya dpt A dlm bm,bi,sj,ag,add math,math,physic
    n B dlm bio,kimia n tasawur…
    berpeluang x sya nk msuk matrik??

    1. insyirah Avatar

      @iyekis,
      Insya’Allah awak layak.
      Awak dapat 7a 3b.Ok laa tu..

    2. beliamuda Avatar

      @iyekis, ada je peluang tu…

  5. isa Avatar
    isa

    As’kum, saya nak tanye..

    Saye dpt 6A4B utk SPM 2009.. Tp saye tak mohon untuk masuk matrik tahun lepas.. Boleh x saye buat surat rayuan kerana saya tidak mohon untuk masuk matrik taon lepas?

    1. beliamuda Avatar

      @isa, saya tak pasti. anda patut menghubungi pihak KPM berkenaan masalah anda.

  6. sharon Avatar

    3a3b3c1d…layak ke nak masuk matrik

    1. beliamuda Avatar

      @sharon, tgk gred berdasarkan subjek jugak…

  7. Desiree Avatar
    Desiree

    Bagaimana prosedur untuk membuat rayuan kemasukan ke matrikulasi?

    1. beliamuda Avatar

      @Desiree, maybe kena tunggu keputusan diumumkan terlebih dahulu…

  8. akma Avatar
    akma

    hi..erm, sy just dapat 7A3B je,sy aliran sastera,kwn2 ckp sy x ley apply matrix,btul yea????

    1. must92 Avatar
      must92

      @akma, rasanya matriks mmg tak ada untuk aliran satera.. tp kalau awak ada ambil subjek akaun, boleh masuk rasanya..

  9. akma Avatar
    akma

    camne nk apply???
    pmohonan bkak lg ke???
    sy da byk ketinggalan tentang bab2 borang pmohonan nie…
    erm..
    harap ley tlg jwb s0alan2 sy…

    1. beliamuda Avatar

      @akma, dah lama tutup permohonan tu…

  10. gingin Avatar
    gingin

    adakah lecture di matrix agak tegas? susah sangat kah silibus di matrix?

    1. must92 Avatar
      must92

      @gingin, aku dengar lepas habes skolah kita tak akn blaja add met lg……. yg 2 yg membuatkan hidup terasa sng tuh………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge