Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. lin Avatar
    lin

    tlong la mcm na nk kemaskini permohonan ke matrikulasi neyyyyyyy.tlong la law ad sp2 y th

    1. beliamuda Avatar

      @lin, kemaskini matrik dah lama ditutup. skg tunggu keputusan matrik.

  2. spijun Avatar
    spijun

    nak tanya sikit….kalau add math kita gagal kiranya kita memang xboleh msok matrik ke???

  3. spijun Avatar

    nak tanya sikit….kalau add math kita gagal,kiranya kita memang xboleh msok matrik ke???

    1. nonimes Avatar
      nonimes

      @spijun,ya .

    2. beliamuda Avatar

      @spijun, sukar.

  4. Fyza_Swift Avatar
    Fyza_Swift

    salam..
    nak tnya..semakan pda bulan februari tu untk ape ek?
    tak apa2 ke klu xbuat semakan?

    1. beliamuda Avatar

      @Fyza_Swift, semakan tu untuk pembetulan. tak pelu buat kalau takde pembetulan.

  5. pranak sama Avatar
    pranak sama

    law kimia d…………. ble msuk alrn sains g ka?????

    1. ikin Avatar

      @pranak sama, tunggulah surat twaran.. ikut pengalaman, xdpt..minimum qualification pun c, kan?

    2. beliamuda Avatar

      @pranak sama, susah sikit la.

  6. pranak sama Avatar
    pranak sama

    tolongla jwb………………..

  7. azmeer Avatar
    azmeer

    hy there,.,anywy i juz wanna ask if i wanna apply for sc kos,but all my pour sc subject i got b,chemistry,addmath,and physic,,.,except for bio,i got c+,.,so,what say you??can i get the matriks??i really wanna be a doctor..

    1. nonimes Avatar
      nonimes

      @azmeer, boleh kot.

    2. fekrinazri Avatar
      fekrinazri

      @azmeer,

      bykkan doa..
      kalau nak jd doktor nnti dlm matriks mesti kena more
      study smart & hard

    3. beliamuda Avatar

      @azmeer, dengan result bio C+, payah nak masuk ke aliran berkaitan medik. peratusannya agak rendah. mungkin anda patut mencuba course lain yang lebih sesuai.

  8. ieyla Avatar
    ieyla

    kalo dpt c pngjian kjtraan awm,ley msok matrk alirn tknikal ag kew..????
    tlg prtmbangkn ek..plizs…

    1. wawaPENANG Avatar
      wawaPENANG

      @ieyla, insyaALLAH kot.. kn psaingan budak teknik xbyk.. myb.. jgn ptus asa.doa je..

  9. lya Avatar
    lya

    .physc+chemist = B
    .bio+admate = C
    .tpi Bi dpt D !
    .dunknow what 2 say..
    .tp de lg ta harapan t0k dtrima study kat mtrik ?
    .ta kesala lw ‘PDT’ pon..sya tw thap sya..haha

  10. AZWAN Avatar

    apsal cg kat sek ckp,lau dpt matrik,”x pyh pegila,susah….”

    1. Naim Avatar

      @AZWAN, sbb persaingan dia cukup besow…mcm kat U

    2. beliamuda Avatar

      @AZWAN, susah? daripada rekod keputusan pelajar matrik, takde la susah sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge