Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. emira Avatar
    emira

    klau der plajar yg x isi borang matrik hari tu boley x isi semula??

    1. beliamuda Avatar

      @emira, tak boleh.

  2. hanim Avatar

    salam..kan kita da dpt no siri time amek resip byaran kat bank 2 kn..tp cmne kalo resip 2 dh ilang n x tau no pin 2 la..important sgt x no 2?kalo x da cmna?pndaftaran mmg 8 aribln je ke?kalo x dftar ari 2 cmne?plzz tlg..riso sgt ni..

    1. Pisyek Avatar

      @hanim, time aku dlu, daftar lmbt 2-3 hari dari tarikh rasmi tu xpe lagi, sebab minggu pertama tu minggu orentasi.

      tapi skg ni aku tatau la…

      hoho…
      .-= Pisyek´s last blog ..Girls and their whatever, anything and you decide =-.

    2. beliamuda Avatar

      @hanim, yg 8hb tu bukan pendaftaran. 8hb tu kan semakan untuk pembetulan. bukankah dah daftar untuk matrik lewat tahun lepas?

  3. L-Chan Avatar
    L-Chan

    apabila saya tengok maklumat dahulu , maklumat kokurikulum saya tdk sama dgn saya yang isi dulu , adakah itu t6elah diubah oleh pihak matri ?

    1. beliamuda Avatar

      @L-Chan, itu saya tidak pasti. mungkin juga berlaku dalam kesilapan pada sistem.

  4. FAHIM Avatar
    FAHIM

    nk wat cmner kalau kite slah isi pndapatan kluarga… dah x blh btulkan ke???

    1. beliamuda Avatar

      @FAHIM, dah buat semakan pembetulan? kalau ada dibenarkan, boleh la buat.

  5. JJ Avatar
    JJ

    kuputusan permohonan matrikulasi sudah keluar kah?

  6. azfarnds Avatar
    azfarnds

    Saya nak tanya, masa dulu saya isi pendapatan keluarga sebulan RM 2000~3000 tp sekarang ni jadi RM 1000~2000 macam mane ye nak buat sbb dah x boleh tukar…
    lagi satu jawatan pon berubah dari penolong jadi ketua huhuhuhu

    1. beliamuda Avatar

      @azfarnds, tidak apa. anda isi apa yang betul pada masa tu.

  7. fat_tia Avatar
    fat_tia

    assalamualaikum..sy nk tnye..klu x wat permohonan ke matrikulasi taun lpas..x ley wat semakan r ea?!..

    1. beliamuda Avatar

      @fat_tia, kalau tiada permohonan, macam mana nak buat semakan? tiada data, jadi tiada pembetulan boleh dibuat. Lagipun, jika tidak memohon, bermakna anda tidak meminta untuk ke matrik.

      1. fat_tia Avatar
        fat_tia

        @beliamuda, ooo..jd mmbazir je r beli no pin kat bsn 2..huhuhu

        1. beliamuda Avatar

          @fat_tia, baru beli ke pin tu?

          1. fat_tia Avatar
            fat_tia

            @beliamuda, x r..mmber punye..dye beli lame da..tp arie 2 owg cbuk2 on9..dye x on9..hmm..mmg xde re len da ke?!..

  8. t.ah Avatar
    t.ah

    permohonan matrik utk fasa 2 da bka ke blum?
    klu da,mcm mne nak on9 n nak mohon?

    1. beliamuda Avatar

      @t.ah, boleh check semakan matrikulasi.

  9. L Avatar

    salam 1 malaysia. bila ye keputusan matrikulasi keluar??????????????. terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @L, tak lama lagi.

  10. memeow Avatar
    memeow

    aku nk tuka pilihan course…tp metriknyer kemaskini da ttop…cane ni??huhuh..npe metrik x bg kemaskini lpas dpt result??!??!ptotnyer lpas kuar result r bru kemaskini…coz mse tu bru kte tau kte lyk kat course ape..sblom tu,mne kte bleh agak… huh!!

    1. beliamuda Avatar

      @memeow, kalau yg tu, kena tanya pihak berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge