Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. L-chan Avatar
    L-chan

    Adakah tarikh membuat semakan lebih kurang pada bulan Februari??

    1. beliamuda Avatar

      @L-chan, yup, biasanya bulan feb. ataupun around result spm tu kot..

  2. broken slang Avatar
    broken slang

    brO..pendaftaran fasa ke 2 da x bukak kew???

    1. beliamuda Avatar

      @broken slang, ada pendaftaran fasa kedua ke? atau semakan?

  3. RONALDO_09 Avatar

    saya lepasan spm 2009 tapi saya belum mendaftar untuk matrikulasi…adakah saya mempunyai peluang lagi utk mendaftar matrikulasi sekarang?

    1. beliamuda Avatar

      @RONALDO_09, entahla. rasanya dah tak boleh.

  4. montella Avatar
    montella

    kawan saye da telepas nak apply on line b4 oktober ritu…cane nak apply lagi eh…kn tunggu blan 4 nanti ke???? plz reply bg sape2 yang tau…

    1. beliamuda Avatar

      @montella, sepengetahuan saya, sudah tak boleh.

  5. lieyza Avatar
    lieyza

    cmne nk check smula prmohonan kta 2?yg perlu no.siri 2…cmne???

    1. beliamuda Avatar

      @lieyza, semakan semula tak bukak lagi kan? kan lepas daftar, ada nombor siri untuk setiap permohonan. Yang tu la maksudnya.

  6. dila Avatar
    dila

    sy da lupa no pin…pentg ke 2k fasa 2??

    1. beliamuda Avatar

      @dila, pin yang dibeli dengan BSN tu ke? ke pin yg mana?

      1. dila Avatar
        dila

        @beliamuda, tem da isi borg matrik 2 fasa 1
        ad dpt num rjkn..
        tp num rujukn 2 sy da ilang..
        cmne eah??
        pntg x 2k isi fasa 2??

        1. beliamuda Avatar

          @dila, rasanya semakan tu menggunakan ic je kot. kalau betul guna num rujukan, nnt kena hubungi pihak Kementerian la.. rasanya tak kot.

          1. dila Avatar
            dila

            @beliamuda, trime kaseh!!!
            doakan sy berjy eah!!

          2. beliamuda Avatar

            @dila, semoga awak berjaya~

  7. L-Chan Avatar
    L-Chan

    Kalau semakan permohonana buka , Adakah Beliamuda akan pos di sini ? sayatakut terlepas . Or boleh Beliamuda inform saya kalau buka ? Saya beri u e-mail saya . Beliamuda e-mail saya kalau semakan permohonan buka , Bolehkah ?

    1. beliamuda Avatar

      @L-Chan, saya akan cuba masukkan di sini. kalau takde di sini, maknanya saya oun tak dapat nak emelkan. jadi, boleh la semak blog ni dari semasa ke semasa.

  8. Hua Avatar
    Hua

    Saya nak tanya, saya telah memohon and dapati kod untuk masuk ke Matrik.
    Permohonan di Internet dengan menggunakan Kod itu sudah ‘expired’ atau belum mula ?

    1. beliamuda Avatar

      @Hua, permohonan dengan pin itu telah pun tamat. pin itu yang perlu dimasukkan semasa membuat permohonan matrikulasi tempoh hari.

  9. Hua Avatar
    Hua

    Kod itu bermakna pin and diberikan oleh BSN

  10. Hua Avatar
    Hua

    hmm. Maknanya pin itu tidak dapat digunakan lagi?
    Saya dapatkan pin itu pada tahun lalu, tetapi saya belum menggunakannya

    1. beliamuda Avatar

      @Hua, permohonan telah pun ditutup. Yang akan dibuka nanti hanyalah semakan sebelum keputusan dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge