Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. syid Avatar
    syid

    salam….susah betul nak online matrikulasi sesi 2010 ni…camane nak buat ni? tolong lah bagitau sesape yang tau tuuuuuuuu…
    asyik tak boleh buka jer, camane nak isi kalau camni…
    tension betul lah gini…

    1. beliamuda Avatar

      @syid, saya dah hubungi bahagian IT daftar online matrik ni.. masih menunggu berita daripada mereka.. silalah cuba lagi…

      1. sya Avatar
        sya

        @beliamuda, saya pun sama….susah la nak online matrikulasi sesi 2010…camne nak daftar??? tolong saya…

        1. beliamuda Avatar

          @sya, bukan kah ada dua pilihan untuk daftar? satu online dan satu lagi secara manul…

  2. aidahassan Avatar
    aidahassan

    salam,,
    cube on9 dekat k pelajaran m.
    sy cube dekat situ baru dapat..

  3. one malaysia Avatar
    one malaysia

    ambil la sye… sye ske matrikulasansi ni… sy ad wawa

  4. 090 Avatar
    090

    ada soalan spot mrsm untuk tahun ni tak???

    1. beliamuda Avatar

      @090, soalan spot untuk apa ni?

  5. ameera Avatar
    ameera

    kalau nk kemaskini selepas 10 oktober boleh tak??

    1. beliamuda Avatar

      @ameera, nak kemaskini permohonan ke?

  6. sweet girl Avatar
    sweet girl

    ape jdi klu kita lupa no. bersiri borang matrik yg kita isi dulu??????? tolong arr, tension giler nie…

    1. beliamuda Avatar

      @sweet girl, no siri borang tu akan diguna untuk rujukan ke?

  7. L-chan Avatar
    L-chan

    Kalau ku isi suatu salah , adakah boleh ubah pada Februari 2010??Siapa tolong saya .Ku benar-benar cemas apabila dapati isi salah

    1. beliamuda Avatar

      @L-chan, apa yang salah tu?

      1. L-chan Avatar
        L-chan

        @beliamuda, Kalau pengakuan bawah iaitu saya mengaku bhw saya ialah Bumiputera atau bukan , saya tersilap , adakah ia boleh diubah pada Februari??

        1. beliamuda Avatar

          @L-chan, tak pasti. Rasanya, macam dah tak boleh. Lebih baik kalau dihubungi terus Bahagian Kemasukan. Tapi, berhati-hati sikit, sebab masa nak isi tu dia ada tanya kan pengesahan maklumat yang diberi adalah benar dan tepat?

          1. aaa Avatar
            aaa

            @beliamuda,
            macam mane klaw silap isi markah kokurikulum

          2. beliamuda Avatar

            @aaa, takde masalah sangat kot. tgk nnt boleh ubah tak masa semakan bulan 2 ni.

  8. L_Chan Avatar
    L_Chan

    Adakah tarikh itu untuk membuat semakan pemohonan telah ditetapkan??Adakah mula pada 9 februari??Kalau mau membuat semakan , ia boleh buat di mana website ? Adakah di website semasa pemohonan?

    1. beliamuda Avatar

      @L_Chan, Tarikh untuk membuat semakan akan diumumkan nanti. Biasanya, di website yang sama je.

      1. L_Chan Avatar
        L_Chan

        @beliamuda,
        Tarikhnya akan diumum di mana?

        1. beliamuda Avatar

          @L_Chan, laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

  9. kcz Avatar
    kcz

    saya nak tukar pilihan kolej matriks… tapi dah tarikh tutup. mcm mana ni T_T

    1. beliamuda Avatar

      @kcz, dah tak boleh rasanya.. tunggu keputusan sampai je la…

  10. L_Chan Avatar
    L_Chan

    Adakah ia lebih kurang pada bulan Februari?

    1. beliamuda Avatar

      @L_Chan, yup, biasanya bulan feb. ataupun around result spm tu kot..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge