Salam sejahtera untuk semua.
Terbaru – Biasiswa JPA Dalam Negara Sesi 2010/2011
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
- Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
- Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
- Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50
3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
- Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
- Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN
- Perubatan
– Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar - Sains Tulen
– Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat - Sains Gunaan
– Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat - Teknologi
– Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah - Sastera
– Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras - Sastera Ikhtisas
– Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat
KADAR BIASISWA
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Perubatan / Pergigian – 10 tahun
- Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
- Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
- Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
- Pengurusan / Sastera – 4 tahun
- Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
- Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
beliamuda: sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar di laman ini.. paham2 je la kenapa ya..
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
saya pelajar semester 6 dr 8 semester, adakah saya masih layak untuk memohon?
@walaueh, rasanya dah tak boleh memohon…
salam.sy student sem-2,sesi 2009/2010.blh ajr xmcm mane nk on9 JPA?web ape nk msk?and bila blh mohon and tarikh tutup?
@miss, buat masa sekarang ni, tiada tawaran daripada JPA. Dalam bulan jun / julai ni baru ada balik..
Salam Sejahtera… Pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari… ok..untuk amali RM10 sehari tu cmne? sbb bile saya total biasiswa yg sy dpt, ianya tidak sama dgn jumlah yg saya dpt…thnks JPA n friend..
@Iwan, latihan amali tu adakah sama dengan praktikal? saya pun kurang arif tentang pembahagian biasiswa JPA. Apa-apapun, terima kasih di atas info anda.
Salam…
sy nk tanya..klu ipts lain dri yg disenaraikn di atas bole xdpt scholarship mara or jpa?sy skarg amek medic di luar negara.bru 1st year.tp nk transfer ke ipts dlm negara..tp tgk fees utk medic ipts dlm RM50k++ setahun..klu bole mintak scholarship agk2 bole apply skali x dgn ptptn..even only 1 je yg bole dpt..
@ain, kalau tak disenaraikan, mungkin susah. Biasanya, IPTS ada sediakan tawaran pinjaman atau biasiswa alternatif. Boleh rujuk dengan IPTS tersebut.
@beliamuda, oh..ye ke..thanks 4 the info.
@ain, sama-sama.
sy pljr sem.2 bg sesi 2010..
da telepas tarikh na aplly ke?
@nurul, tawaran sesi 2010 belum dibuka lagi.
mm. ouh.
ingat da buka,
bile tarikh sebena tawaran kluar yep?
saya kan pelajar sem 2, jadi adakah result sem 1 antara syarat kelayakan menerima jpa atau result spm ke.? n apa lagi yang dapat membantu saya untuk mendapat kan tawaran.?
saya pelajar p0li,
kawan saya ada menerima jpa,
tapi saya ta nmpk p0n p0li kat list y b0leh terima jpa.?
s0, layak atau tak saya untuk mohon jpa untuk sem 2 ni?
bulan 9,2010 baru 19thn.
,trime kasih.
@nurul, untuk pelajar yang telah berada di IPTA, rasanya bergantung kepada result sem sebelum. tapi, lebih baik dirujuk semula dalam tawaran yang dikeluarkan tu.
poli ada juga, tapi tak ditulis di sini sebab ini untuk IPTA. boleh semak dalam entri saya yang lalu.
0k. terima kasih!
@nurul, sama-sama.
salam…
saya pelajar uitm puncak alam utk kos pengurusan majlis..bole ke mohon jpa tuk kos tu??n mcm mane nk mohon???msh bole dpt ke even pointer 3 sumething je???adakah akan dipertimbangkan sekiranye sy memohon???
@iza, nnt boleh direfer dalam tawaran untuk sesi seterusnya. buat masa ni, tiada tawaran dibuka.
untuk student spm 2009 pun application dah close ke?? 🙁
@ella, belum lagi. belum pun dibuka. kalau tak silap, dalam hujung bulan ni mula bukak. boleh lawat blog ni dari semasa ke semasa.
Aku student degree, further degree lpas habis diploma.Aku tak tahu apa yang JPA nk. Aku dah penuhi semua kriteria yang JPA perlu untuk pohon biasiswaa nie ( bagi pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009. CPA diploma aku dh melebihi 3.50 dan result semester November/Disember 2008/2009 pun melebihi 3.50. Tp masih jg x dpt biasiswa nie. Member aku yang dpt 3.5 something dpt pula. Xtau la siapa yang bt penilaian tu.. Hopefully bt la penilaian yang betul2 lpas ni. Kasihan sgt2 terutama bg mereka dr family yang susah, bagaimana diorg nk cari duit lebih sedangkan parents diorang pun x mampu dr segikewangan.
@unlucky, pandangan saya mengenai hal ini. jumlah permohonan terlalu banyak sebenarnya. biasa la. akan ada kesilapan. sebab tu la ada rayuan selepas pengumuman biasiswa tu keluar.
nanti boleh cuba lagi untuk sesi yang seterusnya. adalah lebih baik jika dapat berhubung terus dengan pihak JPA.
@unlucky, Cuba anda semak tawaran biasiswa dan dermasiswa terbaru ini. Mungkin sesuai untuk anda.
http://beliamuda.com/2010/01/tawaran-dermasiswa-tunku-abdul-rahman-2010/
http://beliamuda.com/2010/01/tawaran-biasiswa-tunku-abdul-rahman-2010/
.-= beliamuda´s last blog ..Tawaran Dermasiswa Tunku Abdul Rahman 2010 =-.
..salam..untuk bulan januari nie xde tawaran ke???..nak tnggu bulan julai lambat lg la..
@zahra, bulan Februari ada, tapi untuk luar negara. Dalam negara memang mulai Jun-Julai…
Thanks beliamuda sbb bg info yang amat berguna nie..
@unlucky, sama-sama.