Salam sejahtera buat semua.
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Dermasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam diantara 1 November 2009 hingga 31 Oktober 2010.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.
(ii) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.
KADAR DERMASISWA
Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat ijazah pertama sahaja.
PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Dermasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua Permohonan mesti dibuat dengan sokongan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.Jika tidak ia akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2010
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.
* muat turun Borang Dermasiswa Tunku Abdul Rahman
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
ARAS 1, BLOK E14, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA.
TEL: 03-8888 6107/ 8888 6108
FAKS: 03-8888 6095