Salam sejahtera untuk semua.

Mendung je hari ni. Rasa nak rilek je. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan, dibantainya tidur daripada pagi la jawabnya. Setiap kali bangun tu mesti rasa nak tidur balik. Katil asyik seru je suruh baring. Bantal pun dah memujuk minta dipeluk. Selimut apatah lagi. Kena pula bilik tu gelap. Memang rasa macam malam je la.
Dalam keadaan malas tu, nak sarapan pun takde selera. Lagipun, dah menjadi kebiasaan pagi-pagi bangun mesti minum air je dan makan roti kalau ada. Kalau tak, memang tunggu makan tengah hari la. Tapi, kalau duduk di rumah masa cuti ni, memang sarapan tu sentiasa ada la. Paling kurang air kopi segelas. Roti tu pandai-pandai la nak selongkar sendiri.
Awal-awal lagi aku memang dah rancang nak keluar ke pekan nak beli ayam dan santan seperti yang diarahkan. Lepas tu aku nak ke Pantai Timur Gunung. Jadi, aku keluar rumah sekitar pukul 9.30 sebab nak bajet dengan masa untuk Pantai Timur tu mula beroperasi.
Lepas selesai urusan aku di pekan, aku terus ke Pantai TImur Gunung. Kebetulan keadaan hari ini agak lengang. Namun, aku sedikit hampa oleh kerana aku tiba tepat jam 10, namun Pantai Timur masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mula beroperasi. Dengan kecewanya, aku balik ke rumah dan merancang untuk datang semula kemudiannya.
Balik ke rumah, aku buka CIMB Clicks. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Patutnya semalam lagi aku dah setel. Tapi, kelembapan dan keperlahanan respon oleh laman CIMB Clicks tu membuatkan aku sedikit bengang. Padahal masa tu streamyx laju je. Jarang pula ada masalah dengan CIMB ni. Aku membuat andaian bahawa mereka sedang menjalankan proses penyenggaraan rutin.
Namun, perkara yang sama masih lagi berlaku. Walaupun aku dapat log masuk dengan jayanya, transaksi yang aku laksanakan asyik mengalami “Error Connection Time Out”. Kalau urusan bank ni, bukan boleh main tekan F5 je. Kena mula balik daripada awal. Setelah berkali-kali mencuba, berjaya juga aku selesaikan urusan aku.
Satu lagi perkara yang jadi perlahan dalam hidup aku sekarang ialah proses untuk aku menyelesaikan sesuatu tugasan. Mesti nak tangguh dulu. Pastu baru nak sambung. Bila sampai masa aku tersedar akan benda tu, dah bertimbun dah kerja aku… Adoi.. Apa pandangan kamu?
beliamuda: punya la lambat nak tulis entri yang satu ni…
Leave a Reply