Salam sejahtera untuk semua.
Terbaru – Biasiswa JPA Dalam Negara Sesi 2010/2011
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
- Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
- Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
- Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50
3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
- Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
- Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN
- Perubatan
– Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar - Sains Tulen
– Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat - Sains Gunaan
– Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat - Teknologi
– Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah - Sastera
– Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras - Sastera Ikhtisas
– Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat
KADAR BIASISWA
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Perubatan / Pergigian – 10 tahun
- Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
- Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
- Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
- Pengurusan / Sastera – 4 tahun
- Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
- Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
beliamuda: sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar di laman ini.. paham2 je la kenapa ya..
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
salam
belia muda, tiada ker biasiswa untuk 3.4 ke atas
semua sy tengok nak yang 3.5 ke atas jer
xder peluang nak mintak
saya baru sambung degree kat uthm, dan juga bekas pelajar sini
so harap kalau ada bagitahu yer
info sgt berguna untuk kitorang
thanks yer
@zla, kalau macam tu, saya pun sukar nak pastikan. kena datang dari semasa ke semasa untuk update pasal tu.
Salam.. nk ucap trime kaseh byk2 kpd pnulis..
@mr A, sama-sama. hanya melakukan apa yang terdaya.
salam… tarikh tutup permohonan 10 Julai 2009… tp utk pelajar yg bru dpt tawaran pd disember 2009,nk apply mcm mne? sy pelajar yg bru je dpt tawaran pd disember lepas…nk buat permohonan pun kat mne? x jmpe pun sebarang borang permohonan…
@farhana, pelajar dalam negara ke? untuk tawaran seterusnya, hanya akan dibuka semula pada jun tahun ini.
yang anda sedang baca ni adalah untuk tahun lalu. harap maklum. anda boleh semak tawaran biasiswa lain yang ada di blog ini. hanya klik di kategori “pendidikan”.
terima kasih.
salam beliamuda, saya sedang tunggu kputusan spm.. sy nk mohon biasiswa gne result trial, boleh x? ad lg x biasiswa yg boleh sy mohan yg tarikh mohon masih dbuka? tolong bg web nya..
@Faiz, rasanya untuk permohonan dengan result trial dah takde. biasiswa untuk luar negara akan dibuka dalam masa terdekat.
akum…. sy pelajar baru yg masuk ke uitm pd awal januari 2010 mengambil degree dlm mekanikal engineering…..
sy ingin bertanya pada bilakah sy boleh mula mengisi borang biasiswa jpa jika sy ingin memohon biasiswa jpa pd thun ini???……..
@adn@n_sEmPit, permohonan untuk biasiswa JPA dalam negara akan dibuka semula pada bulan Jun.
kalo pmohonan biasiswa utk luar negara dh buka, blh tolong inform kat emel say dak??
.-= ernie´s last blog ..Jong’s Crocodile Farm =-.
@ernie, saya cadangkan awak check blog ni dari semasa. kalau takde dalam blog ni, saya pun tak mungkin akan boleh emelkan kepada awak.
salam…belia muda… sebenarnya saya rasa terkilan sangat.. sy merupakan pelajar yang ambil STAM
tp biasiswa JPA sy tak dapat… sy ingin kerana amat memerlukannya..
@afif, wassalam. peruntukan untuk biasiswa tidak banyak, sedangkan permohonan sangat banyak. jadi, pasti ada yang tidak dapat.
Assalamualaikum.
Saya pelajar lepasan spm. Jadi sekarang saya tengah tunggu keputusan keluar. Habis tu, macam mana nak apply JPA ni kalau belum ada keputusan?
.-= Khalilah´s last blog ..KAU KATA MASIH AWAL? =-.
@Khalilah, tawaran biasiswa JPA dalam dan luar negara untuk 2010/2011 masih lagi belum dibuka. harap maklum.
apa yang ptut sy bwat dlm mse skrg?
@Faiz, maksud saudara?
apa yg ptut sy lkukn utk mndpt kn biasiswa…
@faiz, memohon biasiswa yang awak nak tu la. pastikan layak untuk memohon.