Entah la nak tulis apa ni (tajuk pun ntah pape). Banyak je benda aku nak tulis yang bukan berkenaan diri aku. Tapi, mood test dan asignment selalu datang menerjah ke dalam kepala, lalu menghilangkan mood aku untuk menulis entri baru yang bermakna, bermanfaat dan bukan merapu pasal diri aku. Tapi, disebabkan ini adalah blog peribadi, aku tidak dapat mengelak daripada untuk tidak menulis mengenai diri aku.
Dalam kesibukan minggu-minggu terakhir sebelum bermula study week dan diikuti oleh exam week selama tiga minggu, aku masih sempat lagi meluangkan masa meluncur di internet dengan jayanya. Jadual exam baru je berubah. Tahu-tahu, dah jadi padat pulak. Ada satu hari tu, dua subjek yang hardcore menulis dan mengira serta menghafal. Rasanya masa senggang antara dua subjek tu cuma dua jam setengah. Kalau dikira sekali masa berjalan pergi balik ke dewan peperiksaan lebih kurang sejam (kena datang awal, keluar mesti lambat) dan masa nak mengisi perut agar tangan dapat terus menulis, ada lebih kurang sejam sahaja. Kalau ada yang tertidur dalam masa yang singkat tu, jumpa lagi la dengan lecturer sem depan… huhu~~ nggak mahu…
Test 2 Process Heat Transfer hari ini banyak mengundang murung kepada budak-budak Chemi. Semua asyik sebut pasal repeat je. Minta-minta dijauhkan. Esok aku ada Matlab test. Diharapkan aku dapat jawab dengan mudah. Tak perlu menyeru “toyol” keluar. Hoho… Ini cuma lab test. Menyeru “toyol” adalah perkara terakhir yang aku nak buat. Test 2 Test 3 Thermo pula menunggu minta ditumpaskan pada hari Khamis ini. Semoga aku dapat tingkatkan penguasaan bab yang baru sahaja dipelajari sebelum bermulanya test itu…
Sebagai penutup entri ini, aku lampirkan lirik lagu yang menduduki carta ketiga lagu yang aku selalu dengar sepanjang setahun yang lalu;
Ann – Cinta Melankolia
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang
Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan
Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di kemuncak akli
(ulang 2x)
Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan
Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan
Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia
beliamuda: buat sahabat yang sedang berbunga-bunga… jangan luruh jantung anda jika bertembung dengan MVP lagi.. “Tersenyum sendiri apabila membacanya… adakah ada lagi peluang seperti itu?“
Leave a Reply