Monolog hati yang kusut

Entah la nak tulis apa ni (tajuk pun ntah pape). Banyak je benda aku nak tulis yang bukan berkenaan diri aku. Tapi, mood test dan asignment selalu datang menerjah ke dalam kepala, lalu menghilangkan mood aku untuk menulis entri baru yang bermakna, bermanfaat dan bukan merapu pasal diri aku. Tapi, disebabkan ini adalah blog peribadi, aku tidak dapat mengelak daripada untuk tidak menulis mengenai diri aku.

Dalam kesibukan minggu-minggu terakhir sebelum bermula study week dan diikuti oleh exam week selama tiga minggu, aku masih sempat lagi meluangkan masa meluncur di internet dengan jayanya. Jadual exam baru je berubah. Tahu-tahu, dah jadi padat pulak. Ada satu hari tu, dua subjek yang hardcore menulis dan mengira serta menghafal. Rasanya masa senggang antara dua subjek tu cuma dua jam setengah. Kalau dikira sekali masa berjalan pergi balik ke dewan peperiksaan lebih kurang sejam (kena datang awal, keluar mesti lambat) dan masa nak mengisi perut agar tangan dapat terus menulis, ada lebih kurang sejam sahaja. Kalau ada yang tertidur dalam masa yang singkat tu, jumpa lagi la dengan lecturer sem depan… huhu~~ nggak mahu…

Test 2 Process Heat Transfer hari ini banyak mengundang murung kepada budak-budak Chemi. Semua asyik sebut pasal repeat je. Minta-minta dijauhkan. Esok aku ada Matlab test. Diharapkan aku dapat jawab dengan mudah. Tak perlu menyeru “toyol” keluar. Hoho… Ini cuma lab test. Menyeru “toyol” adalah perkara terakhir yang aku nak buat. Test 2 Test 3 Thermo pula menunggu minta ditumpaskan pada hari Khamis ini. Semoga aku dapat tingkatkan penguasaan bab yang baru sahaja dipelajari sebelum bermulanya test itu…

Sebagai penutup entri ini, aku lampirkan lirik lagu yang menduduki carta ketiga lagu yang aku selalu dengar sepanjang setahun yang lalu;

Ann – Cinta Melankolia

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di kemuncak akli
(ulang 2x)

Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia

beliamuda: buat sahabat yang sedang berbunga-bunga… jangan luruh jantung anda jika bertembung dengan MVP lagi.. “Tersenyum sendiri apabila membacanya… adakah ada lagi peluang seperti itu?

Comments

17 responses to “Monolog hati yang kusut”

  1. rue Avatar

    bese la nak dkt2 exam mmg tahap stress 2 tgi..
    sabar ye..
    bykkan berzikir & membaca Al-Quran insyaAllah tenang..
    jgn lupe..Allah suke sgt hambaNya ngadu kpdNya ^^

    i alwez do dat mse nak dkt spm dolu2..hee~
    then alhmdlh Allah bg kejutan yg x disangke2..Alhamdulillah again..

    1. beliamuda Avatar

      terima kasih di atas nasihat awak…

  2. wan pai Avatar

    Toyol???
    jgn la smpai kna kuarkn toyol..study2,all d best.. 😀

    1. beliamuda Avatar

      setakat ni, tak pernah lagi la aku keluarkan… keadaan masih mampu dikawal… huhu~~

  3. Pencinta perempuan Avatar
    Pencinta perempuan

    Most valuable person ke most valuable player?

    1. beliamuda Avatar

      tafsiran dia lebih bergantung kepada diri seseorang tu.. mungkin bagi sahabatku itu, maksudnya lebih mendalam lagi…

  4. skaterzooper Avatar

    aku selaku rumate, mengesahkan.. ‘toyol’ masih lagi di simpan kemas dalam ‘botol’… hehe

    ish2..mentang2 test 1 thermo… 20-1=19… test 3 thermo la… bukan test 2 thermo…

    lastly… JANGAN PERFORM SORANG2… INGATLAH AKU (SELAKU ORG TERSAYANG)…

    weee

    1. beliamuda Avatar

      huhu.. ku terpaksa menyeru toyol untuk Matlab… tapi itu toyol moden la… (aku duduk kom paling rapat dengan meja GA)…

      eh2, thermo tu silap tulis ek.. alah, test 1 tu topik yang daripada sem lepas lagi… memang la aku dapat jawab..

      akhir sekali, aku takde hal kalau nak studi sama-sama, tapi biasanya, masa aku studi, ko takde @ ko layan cite. Kemudian, masa aku tido, ko pulak yang pulun… zzz~~

  5. hazwan Avatar

    toyol aku lebih maju.haha

    1. beliamuda Avatar

      haha… aku tahu toyol mung…
      itulah juga toyol moden aku…

  6. aminbaek Avatar

    hahaha…takmen a seru2 toyol skang..hehe..aku sentiasa bwk mende2 tu p test..tp hantu ni baek nye..klu takde dia,tak tau cmne aku nk jwb test.–Jari Hantu–

    1. beliamuda Avatar

      lawak ko mesti baik punya… haha~~

  7. nazra Avatar

    sabar la ye. kang nnti time kerja, pasti rindu kt zaman final exam ^_^

    1. beliamuda Avatar

      bukan setakat zaman final exam je… sepanjang berada di U pun akan diingati.. huhu~~

  8. Pembenci toyol Avatar
    Pembenci toyol

    Jom buat camtu kat final exam

    1. beliamuda Avatar

      kalau anda ada bran, silalah… zzz~~

  9. […] minggu pertama tu agak hardcore la. Dua subjek dalam hari yang sama. Seperti yang aku tulis dalam entri yang lepas. Nasib baik dah kembali waras. Mengikut jadual peperiksaan tu, aku mungkin akan pulang ke rumah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge