Apa Akan Berlaku pada 1 April?

1 April sering kali disambut sebagai hari April Fool. Namun, apa yang ingin diperkatakan di sini ialah mengenai sesuatu yang mungkin lebih teruk lagi yang mungkin berlaku pada hari tersebut. Pada ketika ini, dijangka 9 juta sehingga 15 juta komputer di seluruh dunia telah dijangkiti dengan cecacing (baca: worm) yang dikenali sebagai conficker @ kido @ downadup.

computer_worm

Apa yang cecacing ini boleh lakukan?

Cecacing ini mula tersebar November tahun lalu. Namun, varian “A” cecacing ini kurang berjaya dalam menjalankan kerja jahatnya. Kemudian, varian “B” dilepaskan pada bulan Disember tahun lalu dan dengan jayanya telah mengjangkiti jutaan komputer yang menjalankan OS Windows yang tidak dikemas kini. Cecacing ini berjaya menghalang perisian antivirus daripada berfungsi, mematikan fungsi Windows Update, menghalang akses ke laman-laman berkaitan sekuriti dan terus menjalankan kerja-kerja menyebarkan spam. Kemudian, varian “C” pula dilepaskan pada bulan lepas. Varian ini berfungsi untuk menguatkan lagi varian “B” dan menjadikan cecacing ini lebih sukar untuk dihapuskan. Pada 1 April, cecacing ini akan aktif dan menunggu arahan daripada penciptanya untuk melaksanakan tujuan sebenarnya. Cecacing ini akan menghubungkan komputer yang dijangkiti dan mewujudkan satu rangkaian komputer zombie yang boleh melakukan serangan DDoS, menjangkiti rangkaian komputer yang masih bersih atau menghantar spam secara besar-besaran (anggaran 10 billilon) yang berkemungkinan akan menyebabkan pelayan-pelayan diseluruh dunia tergendala.

Adakah anda telah dijangkiti?

Jika anda risau komputer anda telah dijangkiti, anda boleh mengimbas komputer anda menggunakan pengimbas yang dikeluarkan oleh BitDefender. Laman ini dibina khas sebagai platform berkaitan cecacing ini. Walaupun komputer anda telah dijangkiti, anda boleh mengakses ke laman ini. Jika komputer anda telah dijangkiti, anda boleh memuat turun removal tool yang telah disediakan di laman ini. Versi untuk rangkaian komputer (baca: network computer) juga turut disediakan.

beliamuda: aku telah menyemak laptop aku dan ternyata aku bersih daripadanya. Hanya pengguna OS Windows sahaja yang dijangkiti. Kalau anda menggunakan Windows ori, sila kemas kini OS anda segera. Pengguna versi cetak rompak, anda boleh berputih mata dan imbas komputer anda menggunakan cara yang yang dicadangkan. Kalau anda berani, sila kemas kini OS anda dengan Windows Update.

10 thoughts on “Apa Akan Berlaku pada 1 April?

    • Betul la ni.. bukan main reka2 je… sampaikan syarikat sekuriti bergabung untuk membendung masalah ini…

      BitDefender tu antara AV terbaik yang wujud di muka bumi ni. Pesaing terdekat Kaspersky. Laman tu khas untuk cecacing ni…

      Siapa pencipta cecacing ni? Tiada siapa yang tahu. Sampaikan Microsoft tawarkan ganjaran 250,000 USD kepada sesiapa yang boleh mengenal pasti pencipta virus ni… huhu~~

  1. nak tnya skit bleh, cm mn plak kl kt nk blockkn website yg asyik kuar jer bt iklan time kt gn intenet. serabut gler sbb penuhkn task bar jer. tensen btol!!!~

    • guna browser apa? kalau guna FF3, boleh je cari plugin untuk halang popup dan juga plugin untuk halang iklan. Sila ke laman add-on FF, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox. saya cadangkan anda guna Adblock dan juga Popup blocker. Jangan lupa untuk imbas komputer dengan AV dan antispyware. Takut2 ada yang buat onar kat dalam… huhu~~

      p/s: kalau anda masih guna IE7, silalah pasang IE8 yang lebih baik fungsinya. Namun, saya cadangkan anda pasang Firefox 3.

  2. sigh….my computer has been infected as well,i realise it since the internet connection gets very slow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge