Blog

  • Jangan percaya bulat-bulat soalan spot

    Salam sejahtera buat semua.

    meniru exam

    Hari ni dah masuk hari kedua pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR. Alhamdulillah, tiada pelajar yang mengambil peperiksaan di hospital (berdasarkan berita Utusan Malaysia semalam). Mengikut apa yang diberitahu oleh bapa saudara saya, untuk Kelantan sahaja, RM300 ribu diperuntukkan untuk membekalkan topeng penutup mulut dan hidung kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang mengambil PMR.

    (more…)

  • Melantak Anime dan Drama

    Salam sejahtera buat semua.

    CSI S10 poster

    Bulan Oktober telah tiba. Boleh dikatakan bulan yang heaven untuk penggemar drama-drama bersiri francais dari US. Lewat September (masa awal Raya), drama-drama ini telah memulakan tayangan pertama (baca: premier) untuk musim baru.

    Dalam banyak-banyak drama omputih ni, ada beberapa je yang aku tengok. Yang memang aku tak lepaskan untuk donlod daripada awal ialah drama bersiri CSI. CSI (Las Vegas), CSI:Miami dan CSI:New York memang sudah menjadi antara drama kegemaran aku. Sejak aku mula tengok kat tv masa zaman sekolah menengah lagi aku dah minat. Cerita genre macam ni memang kegemaran aku.

    (more…)