Salam sejahtera buat semua.
Hari ni dah masuk hari kedua pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR. Alhamdulillah, tiada pelajar yang mengambil peperiksaan di hospital (berdasarkan berita Utusan Malaysia semalam). Mengikut apa yang diberitahu oleh bapa saudara saya, untuk Kelantan sahaja, RM300 ribu diperuntukkan untuk membekalkan topeng penutup mulut dan hidung kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang mengambil PMR.
Awal pagi tadi, aku disentakkan oleh satu tuduhan oleh seorang budak-yang-entah-dah-cukup-umur-ke-belum. Dengan ribut dan guruh yang memang sedang menggila di beberapa tempat sejak akhir-akhir ni, boleh pulak di tuduh aku menyebarkan soalan spot PMR tipu. Tuduhnya, aku reka sendiri.
Fuh, menyirap jugak aku baca. Seingat aku (memang benar pun), aku takde pun sebar soalan spot dalam blog aku ni. Aku cuma masukkan pautan ke laman blog seorang rakan yang ada siarkan soalan spot PMR berdasarkan sumber yang dia ada. Boleh pulak si gerangan penuduh tu cakap aku reka je soalan spot PMR tuh!
Aku dengan baik hatinya membalas, “pelajar bijak tak baca soalan spot sahaja”. Yang memang menumpu pada soalan spot sahaja tu golongan yang studi di saat-saat akhir.
Meh dengar aku nak beritahu sikit kat sini. Maksud soalan spot tu adalah soalan ramalan. Tapi, kalau aku tulis soalan ramalan PMR, tak ramai pulak yang nak cari kan? Kalau dah nama soalan ramalan, mesti la ada salahnya. Lain la kalau soalan tu dah bocor, memang la sama semua! Ada paham?
Ni salah satu bukti paling nyata yang pelajar dah jadi terlalu bercirikan peperiksaan (baca: exam oriented). Memang la semua nak dapat keputusan terbaik. Bukan setakat lulus, nak dapat semua A la kan. Tapi, kalau dah studi pun saat-saat akhir, pandai-pandai la nak hidup. Yang dah bersedia awal-awal tu, harapnya tenang dan yakin dengan diri.
Soalan ramalan di kebiasaannya terhasil daripada tajuk-tajuk yang disoal dalam peperiksaan percubaan. Tambahan lagi, kalaulah soalan percubaan di sebuah negeri itu dihasilkan oleh penggubal soalan PMR, kemungkinan besar tajuk yang disoal itu berkemungkinan tinggi akan masuk. Sebab tu la, ada sekolah-sekolah tertentu yang menjemput penggubal soalan untuk memberi ceramah berkaitan di sekolah masing-masing.
Untuk PMR 2009 ni, tak tahu la pulak ada ke tak soalan bocor. Untuk soalan UPSR tahun ni, tersebar jugak cakap-cakap soalan UPSR bocor di saat akhir (sehari sebelum kertas tersebut). Kebiasaannya, UPSR ni kalau bocor pun sebab cikgu dan memang keterlaluan sangat nak naikkan ranking sekolah, jadi ada la tiris (ok, ini satu tuduhan berat, tapi ia adalah kenyataan, sape nak bangkang, sila komen kaw2).
beliamuda: cukuplah setakat tu sahaja luahan hati yang sedikit panas, jangan terbawa-bawa nak tengok kertas orang kat sebalah masa exam pulak kan… Aku dah lalui ketiga-tiga peperiksaan besar kat malaysia ni (empat termasuk dengan PTS). Alhamdulillah, seksanya tidak sebesar seksa test-test dan exam di UTP ni.. (^_~)v.
mmg xleh caya pun soalan spot ni..hehe klu x, kita gak yg mrana kalau soalan spot tu xkuar
.-= x-po´s last blog ..BIAR ORANG WAT JAHAT KAT KITA, TAPI JANGAN KITA WAT JAHAT KAT ORANG =-.
Pingback: Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2009 | beliamuda {dot} com
apslan soalan maths spm asyik bocor jerrrrrrrrr..tiap2 tahun..xder security ker…
tahun 2010 ada bocor tk???