Blog

  • Tag daripada fi3lina

    Salam sejahtera buat semua.

    Sejak aku mula blogging di platform wordpress self-hosted ni, jadi jarang nak balas-balas tag daripada rakan. Bukan sebab tak nak, tapi sejak menulis di sini, kecenderungan untuk menulis semakin berubah. Tapi, aku teringat kata-kata Pjoe, balasan tag ni sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang ingat kepada kita.

    Jadi, di kesempatan entri ni aku akan membalas tag daripada fitrilina. Aku kenal dengan dia sejak awal zaman foundation lagi. Tu pun sebab kami dalam group drama yang sama untuk English course. Sekarang ni dia dah berada di India untuk belajar Medik.

    ~~~

    (more…)

  • Selamat sampai di UTP akhirnya

    Salam sejahtera buat semua.

    Selamat-belajar-July-09

    Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai juga ke UTP untuk memulakan sesi semester July 2009. Kelas pertama akan bermula pada 20 haribulan ni. Aku tiba kira-kira pukul 12 tengah hari setelah dua jam perjalanan dari USM Kampus Induk, Pulau Pilang. Sebaik sahaja tiba, terus sahaja aku ke klinik untuk pemeriksaan saringan H1N1. Nasib baik lepas sebab dia cuma check suhu badan je (lebih tepat lagi suhu dahi.. :p). (more…)

  • Reka Bentuk Baharu Wang Kertas RM50

    Salam sejahtera buat semua.

    RM50 baru

    Rasanya khabar angin tentang reka bentuk baharu wang kertas RM50 telah lama tersebar. Sebelum ini telah tersebarnya gambar reka bentuk RM50. Saya sendiri ada menyimpan gambar RM50 yang baharu tu (seperti di atas) ketika saya menjumpainya di carian imej Google.

    Akhirnya, pada 15 Julai 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan secara rasmi tentang pengeluaran reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini. Satu kenyataan akhbar tekah diedarkan kepada media tentang pengumuman ini.

    (more…)

  • Semak Arah Kiblat Anda Pada Hari Ini

    Salam sejahtera buat semua.

    Entri ini disetkan untuk terbit pada hari Khamis sebagai peringatan kepada Umat Islam dan saya sendiri untuk menyemak arah kiblat masing-masing pada hari ini, iaitu lebih tepat lagi pada pukul 5.28 petang. Tahukah anda, kesilapan kecil menghadap arah kiblat atau ada perbezaan sudut yang kecil pada arah kiblat boleh membawa kepada tersasarnya arah kiblat kita sehingga beberapa kilometer? Oleh itu, jangan lupa untuk menyemak arah kiblat masing-masing pada waktu tersebut. Tapi sebelum tu, solat asar dulu ya…

    (more…)