Blog

  • Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi Persekolahan 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    sekolah banjir

    Hari ini, 3 Januari 2011, sesi persekolahan untuk tahun ini bermula. Semua sekolah di seluruh negara akan memulakan sesi pengajian bermula hari ini termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang diberikan cuti peristiwa semalam sebagai ganti cuti kemenangan Malaysia pada Piala Suzuki AFF 2010.

    Pasti pelbagai ragam adik-adik yang baru memasuki Tahun 1 sekolah rendah dapat dilihat hari ini. Ada yang menangis, merengek tidak mahu ke sekolah. Ada yang takut ditinggalkan oleh ibu bapa. Tidak kurang juga yang gembira dengan suasana dan persekitaran yang baru.

    (more…)

  • Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

    Salam sejahtera buat semua.

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

    Tarikh Penamaan Calon: 22 Januari 2011

    Tarikh Pilihan Raya: 30 Januari 2011

    (more…)