Aduh, sakitnya bahuku!

Salam sejahtera buat semua.

Sejak seminggu dua ni, aku jadi payah sikit nak menulis. Mood nak menulis ada je. Idea pun ada. Tapi, sebab sakit bahu punya pasal, aku hilang mood bila nak menaip tu. Sakit bahu ni bukan sembarangan. Otot bahu kanan aku ni terasa menyengat semacam je sejak minggu lepas.

Ni semua gara-gara duk mengadap laptop lama sangat. Mana taknya, sejak adik aku takde, aku lebih lepak nak duduk depan laptop. Kalau layan internet tu, tangan kat tetikus tu memang tak lepas la. Kalau menaip, tangan pun lama gak duduk menari atas papan kekunci. Bila rasa sakit otot bahu tu baru gelabah nak gerak-gerakkan otot.

Continue reading

Surat Debat Tok Guru Kepada PM

Salam sejahtera buat semua.

Sebelum ni, kecoh dengan idea Kerajaan Perpaduan yang diajukan oleh Presiden Pas. Tidak kurang juga komentar-komentar menarik daripada rakyat yang menjadi pemerhati. Bantahan Tuk Guru terhadap idea ini menghasilkan reaksi yang berbagai di kalangan ahli PAS sendiri. Mungkin ada rasional di sebalik bantahan Tuk Guru itu. Aku tidak tahu. Adakah kamu tahu? Kalau ada sesiapa yang nak faham serba sedikit tentang bantahan Tuk Guru tu, boleh baca satu artikel di Saifulislam. Kalau baca, jangan baca sekali. Cuba hadam baik-baik dulu. Maksud yang cuba disampaikan, agak dalam.

Selepas itu, Tuk Guru menyatakan ingin berdebat dengan Datuk Seri Najib, PM kita yang terkenal dengan 1Malaysianya tu. Surat debat Tuk Guru dah hantar. Dibawah ini, saya sertakan salinan surat debat daripada Tuk Guru.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Continue reading

Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)

Salam sejahtera buat semua.

universe (combo horizontal)

Sejak aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada enjin carian seperti Google. Jadi, kali ini aku masukkan sambungan kedua koleksi kata-kata hikmah dengan petikan daripada kata-kata tokoh terdahulu. Kata-kata hikmah ini tergolong dalam kata-kata hikmah adab. Layan dan hayati kata-kata hikmah di bawah.