Keputusan PRK Manek Urai

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan tidak rasmi dari MalaysiaKini – 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

Kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi. Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.22pm Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi

Continue reading

Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson

Salam sejahtera buat semua.

Jika semalam aku dikejutkan dengan debaran bahan lawak oleh ITMS UTP, hari ini pula ialah debaran semasa melihat keputusan peperiksaan semester Jan 09. Aku secara tidak sengaja terbuka laman web UTP dan ternampak pautan untuk semakan keputusan telah diaktifkan. Masa tu memang dah berdebar sangat-sangat.

Terus sahaja aku menyebarkan kepada kawan-kawan melalui Google Group (GG). Namun, permainan lawak ini hanya tinggal debaran apabila tiada sebarang keputusan peperiksaan yang diumumkan. Pelbagai spekulasi liar diajukan oleh mereka-meraka yang mengikuti perkembangan di GG.

Continue reading

Kemas kini wordpress versi 2.8.1

Salam sejahtera buat semua.

wordpress-resize

Hari ini, 10 Julai 2009, versi wordpress 2.8.1 telah dilepaskan oleh pembangunnya. Versi 2.8.1 telah membawa pembaikan kepada pepijat yang ditemui dalam versi sebelumnya. Antara sebab kenapa anda perlu segera kemas kini kepada versi 2.8.1 adalah kerana versi ini telah membaiki kelemahan sekuriti yang disebabkan oleh plugin yang mana membenarkan pengguna tanpa kebenaran yang sah untuk medapatkan maklumat berkenaan admin. Anda boleh baca maklumat penuh wordpress versi 2.8.1 di sini.

Continue reading