Nota Malam: (Prolog) Di Sudut Malam Yang Sunyi

Salam sejahtera buat semua.

nota malam bulan purnama

[Lagu tema: Letto – Lubang Di Hati]

Aku termenung keseorangan di jendela malam. Banyak yang aku fikirkan pada waktu ini. Jiwa terasa sarat dengan perasaan yang bercampur baur.

Realitinya, aku tidak tahu apakah sebenarnya yang aku mahukan sekarang ini. Orang kata, ada sesuatu yang tidak lengkap. Ada lubang di dalam hati.

Continue reading

(Gambar) Proton Persona Elegance Dilancarkan

Salam sejahtera buat semua.

Proton Persona Elegance

Hari ini, Proton Persona Elegance, versi faclifted untuk Proton Persona telah dilancarkan. Proton Persona Elegance boleh didapati dalam tiga trim iaitu Base Line (Manual – RM46,499 dan Auto – RM49,499), Medium Line (Manual – RM52,999 dan Auto – RM55,999) dan High Line (Auto – RM59,499) serta dikuasakan oleh enjin 1.6-litre Campro IAFM.

Berikut adalah gambar-gambar Proton Persona Elegance yang diambil daripada Paultan.

Continue reading

Tarikh Tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Untuk Lepasan SPM, STPM dan STAM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2009 yang memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun 2010, tarikh tutup permohonon dalam talian ialah pada 30 Mac 2010.

Borang permohonan aplikasi dalam talian bagi kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 telah mula dibuka mulai 2 Feb yang lalu. Setiap pemohon berpeluang untuk melakukan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Continue reading