Twitpic Sepanjang Minggu #6

Salam sejahtera buat semua.

Sejak siri koleksi gambar Twitpic tertangguh beberapa bulan yang lalu pada #5, tiada siri baru yang menyusul. Tepatlah kata-kata terakhir dalam tulisan tersebut yang menjangkakan akan hadirnya ribut yang kuat (maknanya semakin sibuk).

Gambar-gambar di Twitpic tetap jua bertambah dengan setiap satunya muncul di akaun Twitter saya. Cuma ianya tidak sempat untuk dikompilasikan dalam entri di blog. Mengambil kesempatan di awal sem yang masih lagi kurang terasa kesibukannya, maka hadirlah yang ke-6.

Berbadminton bersama dengan rakan-rakan

Seperti yang diperkatakan di atas, ketidaksibukan di awal permulaan semester ini dan juga kelas yang cuma ada dua jam pada hari Isnin dan Khamis, maka banyaklah juga masa untuk diluangkan dengan melakukan aktiviti lain, selain projek Final Year Design Project (FYDP @ PDP) dan Final Year Project (FYP).

Setelah tamat bermain badminton bersama dengan @AkmalMokhtar on Twitpic Another player, @AkmalMokhtar on Twitpic

Antara aktiviti yang sempat dilakukan bersama dengan rakan-rakan di awal pagi ialah bermain badminton. Sejak terjebak dengan kancah badminton beberapa sem yang lalu, bermain badminton di awal pagi telah menjadi antara aktiviti yang paling diminati untuk dilaksanakan bersama dengan rakan-rakan.

Setelah tamat bermain badminton bersama dengan @penaberkala on Twitpic Bermain badminton hari ni. @krulazhar @penaberkala  on Twitpic

Untuk kali ni, siap tukar ke raket baru lagi. Raket lama yang dibeli semasa praktikal di Kulim tahun lalu agak berat. Jadi, yang baru inilah menjadi pengganti.

My rakcet, brand new. on Twitpic

Choco Fair dan ICT Expo

Dalam minggu lepas, ada dua event yang berlangsung di Poket D iaitu Choco Fair dan ICT Expo. Tidak ada yang menarik sangat di sini. Saya datang ke sini pun sebab mengikuti Faris yang nak beli coklat di Choco Fair. Mostly, hanya ada coklat daripada Cadbury plus lain-lain coklat biasa.

Ranting choco fair. on Twitpic Special offer. Just a chance? on Twitpic

Choco fair, tapi Cadbury je yang banyak (almost all). on Twitpic Tiga game pilihan untuk dapat hadiah free choc. Last2 x dapat... on Twitpic

Saya tak tahu kelab atau badan mana yang menganjurkan ICT Expo ni, tapi dengan hanya dua tiga booth yang ada, jauh lagi nak dipanggil expo (ataupun hanya saya yang pandai-pandai gi panggil expo).

UTP ICT expo? Apa je yang ada. on Twitpic Yang ni jual kamera. on Twitpic The other side. on Twitpic

Semakin menjau dari booth ICT Expo. on Twitpic Di sebelah kanan, lagi dua booth. Total, 3 booth. on Twitpic

Outing ke Kinta City

Sejak bermula semester baru lagi dah plan nak shopping, kebetulan dengan sales yang sedang berlangsung di Jaya Jusco (AEON), Kinta City. Akhirnya, hajat tercapai jua pada hari Jumaat kerana cuti peristiwa pada hari tersebut. Lebur la jugak

Tangga - tanda motif. on Twitpic Kementerian Penerangan buat event pasal ASEAN. Untuk apa ntah. on Twitpic

New shoes for what huh? on Twitpic It's pink. >_< on Twitpic Bekalan harian untuk minuman. on Twitpic

Keluar seawal pukul 9 pagi lagi sebab nak kejar balik solat Jumaat di UTP. Sempat jugak sampai semula di UTP sebelum azan Zuhur, tapi tak sempat nak lunch la masa tu. Lepas solat tu baru keluar semula ke Taman Maju.

Orang ramai bersurai daripada Masjid An-Nur selepas solat Jum... on Twitpic Solat Jumaat di Masjid An-Nur. on Twitpic Di kawasan parking berdekatan blok B selepas solat Jumaat, me... on Twitpic

Sebelum blah dari JJ, tiba-tiba rasa nak makan nasi ayam. Ni sebab gara-gara terhidu bau dari Johnny. Bau macam nasi ayam. Irsyad pun setuju nak makan nasi ayam, jadi lepas solat tu terus keluar ke Taman Maju, nak cari kedai yang jual nasi ayam.

Dalam misi mencari nasi ayam dengan @Hiddendevil di Taman Maju. on Twitpic Di sebuah kedai yang kurang dikenali di Taman Maju. on Twitpic

Misi mencari nasi ayam berjaya! on Twitpic Positive. Kedai ni baru sahaja dibuka 1 Jun lepas. Patut la m... on Twitpic

Masuk dalam sikit ke arah perumahan di Taman Maju, ada satu kedai yang baru buka dan ada jual nasi ayam. Tanpa lengah, terus sahaja singgah dan masuk ke kedai tu. Tercapai jugak hajat nak makan nasi ayam (dan Irsyad cadang nak makan ais jagung pulak lepas tu, tapi tak pergi la).

Hasil shopping hari ini bersama-sama dengan @Hiddendevil on Twitpic Akhirnya, merasmikan juga sandal baru ni. Kenapa rasa berminy... on Twitpic

Misi mencari spek mata baru untuk Khairul Anuar a.k.a Penaberkala

Disebalik kegembiraan perkelahan Aw0k2 ke Air Terjun Gepai di Bidor pada hujung minggu, Khairul Anuar atau Penaberkala kehilangan spek matanya dalam arus deras di sana. Oleh itu, misi mencari spek mata baru perlu dilaksanakan segera untuk mengurangkan masalah penglihatan yang dialami.

Muka @penaberkala tanpa spek mata. Ini sungguh rare! #fb on Twitpic

Sebelum pergi lebih jauh, inilah gambar beliau tanpa spek mata. Takkan kedapatan di tempat lain. Haha~

Perjalanan ke Taman Maju menjadi sia-sia apabila kedai spek mata tutup dan Pengkalan, Station 18 menjadi destinasi. Oleh kerana kami berdua belum lagi lunch pada masa tu (dah pukul 3), kami bersantap dulu di McD Pengkalan.

Eh, makan ni ke lunch tadi?  on Twitpic Napok ko demo makey tu? @penaberkala on Twitpic

Selesai di situ, kami terus ke Tesco Station 18 yang berada berdekatan dengan McD untuk mencari kedai spek mata. Nasib baik ada satu kedai spek mata Focus Point dalam bangunan Tesco ni.

Bermulalah sesi memburu spek mata baru oleh @penaberkala on Twitpic Dalam kedai Focus Point, Tesco Station 18. on Twitpic

Check semula tahap penglihatan mata setelah sekian lama. @pen... on Twitpic Di bilik refraction room, setelah @penaberkala tidak berpuas ... on Twitpic "kabur2 je la aku baca result ni" kata @penaberkala on Twitpic

Payah juga nak mencari pengganti spek mata baru yang sesuai dengan cita rasa diri dan juga bajet. Setelah sesi suai kenal dengan spek baru, terpilih la juga satu spek baru daripada jenama yang sama dengan yang lama. Lepas tu check mata, sampaikan kena masuk dalam Refraction Room. Akhirnya, kena tunggu hari Rabu sebelum boleh ambil spek mata baru…

Merenung dan mengingati spek lama yang telah tiada lagi. @pen... on Twitpic

Teringatkan spek mata lama yang telah tiada.

Last sekali, cari pisang la plok! @penaberkala dan saya sedan... on Twitpic

Khairul Anuar Mencari pisang untuk buat banana split dan terima kasih kerana sudi menghantar satu bekas terus ke bilik walaupun terpaksa meredah malam (kami di blok yang berbeza) dalam keadaan mata tidak terang~ ^_^

Gambar rakan-rakan ChemE Jan 07 (CJ07)

The @PoisoneDagger and @Nashunter on Twitpic Ini sedang khusyuk atau ngantuk (mata merah kot) @Nashunter on Twitpic

--> @HiDDeNDeViL on Twitpic --> @sup_apple on Twitpic

Bos G9 (@mrfarme) semasa meeting FYDP semalam. on Twitpic Nije. Muka penat je. Mana taknya kalau dah sampai ke Bidor je... on Twitpic

Nije segar setelah dapat main game Fruit Slice dalam HTC Desi... on Twitpic Giliran @lilmissirda pulak mencuba game Fruit Slice sambil di... on Twitpic

beliamuda: It’s hard to write continuously these days. I wonder what had happened to me.

4 thoughts on “Twitpic Sepanjang Minggu #6

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge