Peringatan Buat Pengguna Hosting Berbayar – Ini Bukan Hebat, Tapi Silap Strategi

Salam sejahtera buat semua.

more_bandwidth

Tulisan ini adalah peringatan buat diri sendiri dan juga blogger yang menggunakan hosting berbayar. Kisahnya terjadi sendiri kepada saya dan ianya mungkin kelihatan hebat, tetapi sebenarnya satu kesilapan dalam merangka strategi.

Salah satu perkara yang menjadi sekatan buat pengguna hosting berbayar ialah kekeringan bandwidth lebih awal daripada jangkaan. Kalau bandwidth blog habis sebelum bermula kitaran bulan seterusnya, maka blog itu tidak dapat diakses sepanjang bulan tersebut. Jalan penyelesaiannya hanya dengan membayar untuk bandwidth tambahan.

Continue reading

Ranking MRSM Untuk Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Ranking MRSM bagi keputusan SPM 2011!]

logo mrsm

Salah satu perkara yang menjadi penanda aras bagi setiap Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ialah ranking / kedudukan berdasarkan keputusan SPM. Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar.

Saban tahun, kedudukan ini berubah-ubah dan kebiasaanya MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) @ Bitara akan mendahului senarai empat teratas. Namun, tahun ini sedikit berbeza dengan salah satu MRSM PKP berada di tangga kelapan. Lihat senarai penuh ranking MRSM berdasarkan keputusan SPM 2009.

Continue reading

Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

Salam sejahtera buat semua.

pen jam kad matrik utp

Nombor matrik???

Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.

Program Biasiswa Khazanah Global

Salam sejahtera buat semua.

biasiswa khazanah global

Program biasiswa Khazanah Global adalah anugerah biasiswa yang diberikan kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dan Pasca Ijazah di universiti terbaik di dunia. Tambahan lagi, penerima anugerah biasiswa akan diberikan latihan di organisasi terkenal di Malaysia.

Tempoh masa biasiswa diberikan adalah untuk keseluruhan waktu pengajian, seperti yang tercatat dalam tawaran pengajian, namun tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

Continue reading