Blog

  • Menjadi Mangsa Keadaan, Apakah Tiada Ruang Penjelasan?

    Salam sejahtera buat semua.

    gari polis

    Saya tanya di sini, pernahkah anda menjadi mangsa kepada sesuatu keadaan yang tidak menyebelahi diri anda? Suatu keadaan yang anda sebenarnya tidak bersalah, apatah lagi terlibat, namun dijatuhi hukuman tanpa usul bicara.

    Lebih memedihkan lagi, ada suatu persepsi yang menjadi pemberat dalam membuat keputusan itu. Persepsi negatif yang selama ini telah cuba untuk dipadamkan, namun nyatanya ia masih berbekas di hati pemberi hukuman.

    (more…)

  • Pesona Rindu Yang Menjadi Titik Permulaan Kepada Kegilaan Ini

    Salam sejahtera buat semua.

    pasir pantai

    aku bagaikan tawanan di dalam perang rindu

    Ayat diatas adalah petikan daripada lagu Fotograf – Luka Seribu Rindu. Tiada kaitan sama sekali dengan tulisan entri kali ni sebenarnya. Haha…

    Sejak dua entri yang ditulis berkenaan Cinta Sufi, sebuah novel terbaru oleh RAM, pelbagai respon daripada rakan blogger yang saya terima. Secara kasar, ada dua kumpulan; satu yang turut meminati pembacaan novel dan satu lagi yang tidak membaca novel.

    (more…)

  • (Cover) Novel Cinta Sufi oleh RAM

    Salam sejahtera buat semua.

    Novel Cinta Sufi

    Inilah dia gambar muka depan novel Cinta Sufi hasil tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Novel ini sedang dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010.

    Pelancaran rasmi novel ini oleh RAM ialah pada 28 Mac 2010. Nampaknya lambat lagilah baru dapat membaca novel terbaru RAM ni.

  • Ranking SBP bagi keputusan SPM 2009

    Salam sejahtera buat semua.

    logo-SBP

    Berikut adalah senarai kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Turut dipaparkan dalam ranking SBP di bawah ialah Gred Purata Sekolah (GPS) masing-masing.