Adinda Nurul Hazwani, Genapnya Umur 21 Tahun

Salam sejahtera buat semua.

kek hari jadi

Tanggal 20 April 2011, genaplah 21 tahun umur adik perempuan pertama saya. Seperti biasa, hanya ucapan selamat hari lahir yang ringkas sahaja dihantar. Yang penting, tepat 12 malam dihantar. Haha (^_^)v

Abang curi jugak sedikit masa untuk menulis di sini (maklumlah sibuk) , nanti ada pulak yang dengki adinda sorang lagi je yang dibuat ucapan khas di sini. 😛

Continue reading

Tarikh Sebenar Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya dikejutkan dengan khabar angin semakan matrikulasi yang telah boleh dibuat mulai hari ini. Adalah dimaklumkan, khabar angin tersebut salah sama sekali.

Pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan dan semakan rasmi hanya boleh dilakukan mulai daripada 28 April 2011. Tempoh ini adalah lima minggu selepas keputusan SPM 2010 diumumkan tempoh hari.

Continue reading

Pelangi petang yang muncul selepas hujan

Salam sejahtera buat semua.

Pelangi selepas hujan

Hujan turun lagi lewat petang ini. Panas terik sedari pagi tadi terhapus dek awan gelap yang menitiskan gerimis petang. Kini langit kelihatan merah saga.

Di saat kesibukan mula terasa menghimpit ruang masa, ditambah lagi dengan waktu di penghujung sem yang menghampiri peperiksaan akhir, segalanya dirasakan semakin memberat untuk ditanggung.

Cahaya yang hadir di saat kesusahan ini melanda, sedikit sebanyak menyinari sudut yang dirasakan semakin kelam. Sebentar tadi, satu berita gembira diterima. Moga ianya dapat disahihkan dan menjadi penyeri di saat stress semakin menggila. Harapan…

Continue reading