Salam sejahtera buat semua.
Kali pertama lagu Itu Ini Begitu Begini hinggap di telinga saya adalah pada malam Pesta Konvo Ke-11 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang dipersembahkan secara langsung oleh Mirwana (tanpa kehadiran Altimet). Mirwana adalah salah seorang artis yang dijemput untuk membuat persembahan selain daripada kumpulan Muzzy.
Kalau tak silap saya, pada malam persembahan tersebut, bahagian rap yang dibawa oleh Altimet dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Mirwana. Akmal mungkin? *Kemaskini* Menurut Akmal, bahagian rap pada malam tersebut dibawa oleh Ikram.
Pada malam tersebut, dinyatakan yang mereka masih lagi belum mempunyai muzik video rasmi (baca: official music video) untuk lagu Itu Ini Begitu Begini. Namun, beberapa hari yang lepas, video rasmi telah pun dikeluarkan di Youtube. Layankan klip video di bawah!
Muzik video rasmi Itu Ini Begitu Begini – Mirwana dan Altimet
Lagu: Akmal Mirwana
Lirik: Akmal Mirwana & Altimet
Production: Hafiz Mohtar (SchizoMotion)
*****
Lirik lagu Itu Ini Begitu Begini – Mirwana dan Altimet
(INTRO):
Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..
(CHORUS):
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..
(VERSE 1)
Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, rohani resah
(Chorus)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.
(VERSE 2)
Satu masa dulu kita dua sejoli,
diantara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,
(BRIDGE):
Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..
(Chorus X2)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.
*****
Mungkin ada yang terasa penampilan Mirwana kini berbeza daridapa kemunculan awal mereka. Saya sendiri pun terkejut melihat penampilan mereka pada malam persembahan tersebut. Tiada yang salah pun. Cuma ada perubahan. Itu sahaja. Apa pun, klip video di atas tetap mengujakan!
beliamuda: Lirik di atas disalin semula daripada nota FB Altimet dengan sedikit suntingan berdasarkan penyesuaian dengan lagu…