Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru!] Tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 telah diumumkan!

pen and paper[LucasTheExperience]

Sudah menjadi kebiasaan apabila tamatnya ujian terutamanya peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, maka timbullah pertanyaan seperti “bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2012?”.

Ya, memang saya ada mendapat soalan seperti ini yang diajukan terus kepada saya melalui ruangan komen dalam entri berkaitan tarikh keputusan UPSR 2011. Sepanjang UPSR 2012 berlangsung tempoh hari, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjaya melalui laman FB beliamuda {dot} com.

Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini!] Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 pada hari ini, 6 Ogos 2012 bermula pukul jam 5 petang.

Permohonan biasiswa JPA PIDN 2012 boleh dibuat secara aplikasi dalam talian (online application) bermula daripada waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.

Continue reading

Jadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012

Salam sejahtera buat semua.

UPSR 2012

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 – masih lagi peringkat draf buat masa ini (Draf 2 – 24 Jun 2012). Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi UPSR 2012.

Continue reading

Jadual Waktu Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012

Salam sejahtera buat semua.

Jadual waktu PMR 2012

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi PMR 2012.

Continue reading