Salam sejahtera buat semua.
[Terkini!] Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 pada hari ini, 6 Ogos 2012 bermula pukul jam 5 petang.
Permohonan biasiswa JPA PIDN 2012 boleh dibuat secara aplikasi dalam talian (online application) bermula daripada waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.
IPTA dan IPTS Tajaan Biasiswa PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan dalam penawaran Biasiswa JPA Sesi 2012/2013 program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
Manakala bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan untuk penawaran Biasiswa JPA bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Selain itu, mahasiswa yang menuntut di beberapa kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia juga layak untuk memohon Biaisiswa JPA pada tahun ini. Empat universiti tersebut ialah:
- University of Nottingham
- Monash University
- Swinburne University of Technology
- Curtin University of Technology
salam
saya jpa diploma uitm
skg tga blaja sem last
nnt nk buat penerapan ke degree
saya tak boleh nk apply skg sbb surat twrn ke degree adalah bulan march 2012
adakah sy perlu apply dengan result degree atau gune result diploma utk tawaran biasiswa tahun depan?
thx
Lebih baik tunggu biasiswa tahun depan buka dan perhatikan syarat-syarat yang dikenakan.
salam, sya pelajar semester akhir diploma. nak tny, kalau cgpa last semster, 3.8 boleh apply biasiswa jpa untuk degree x ?
Wasalam. Perlu tengok syarat semasa apabila biasiwa dibuka nanti.
Pingback: Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013
Salam, saya lepasan asasi UIA. Asasi sye abis dan sye nak mintak JPA tp dah ttup. So, bile bole apply lg ? N JPA nie bkak sekali setahun je ke ?
Wasalam. Boleh mohon semula apabila tawaran dibuka semula. Ianya hanya dibuka sekali sahaja untuk setiap tahun.
salam…sy nak tanya..bile tawaran untuk tahun 2013 akan dibuka??
salam. .saya skrg student uitm sem 2..sem 1 ari tu cgpa saye dpat 3.73. .agk2 boleyh x mohon biasiswa jpa untuk sem lpas pnye?ble twaran untuk thun 2013 akn dibuka?
salam….untuk budak uia yang asasinya sethun setngah dan masuk degree dalam bulan dua ……………boleh mohon jpa tak masa tu?.terima kasih
salam,,,saya student diploma uitm,,saya bru dpt result sem 2,,macam mana saya nak apply jpa