Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini] Semakan keputusan PMR 2012 melalui SMS!
[Terkini] Tarikh rasmi keputusan PMR 2012!

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 yang berlangsung bermula 9 Oktober lalu telah berlalu pergi. Para calon yang menduduki PMR 2012 kemungkinan sedang menikmati sisa persekolahan di Tingkatan 3 yang akan tamat dalam tempoh dua minggu lagi, kecuali dua orang calon yang bertaraf pak cik.

Berlalunya PMR bermakna tempoh penantian sehingga pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah suatu tempoh yang boleh jadi mendebarkan buat mereka. Mungkin ada yang tidak berapa kisah juga dengan keputusan masing-masing. Cukup sekadar lulus barangkali? Walauapapun, saya pasti setiap calon menginginkan keputusan PMR 2012 yang cemerlang!

Continue reading

Pak Cik Umur 50 Tahun Duduki PMR 2012

Salam sejahtera buat semua.

Pak Cik umur 50 Ambil PMR 2012

Nampaknya abang dah buat kesilapan besar apabila hanya mengucapkan selamat berjaya buat pelajar Tingkatan 3, sedangkan ada calon lain yang bukan daripada Tingkatan 3 turut menduduki PMR 2012.

Dalam surat khabar Harian Metro pada hari ini ada menyiarkan berkenaan calon paling tua yang menduduki PMR 2012 iaitu seorang pak cik yang berumur 50 tahun. Pak cik ini menduduki PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Turut bersama pak cik ini ialah seorang lagi rakan yang berusia dalam linkungan 4-an.

Continue reading

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Malaysia 2013

Salam sejahtera buat semua.

Jadual persekolahan dan cuti sekolah di Malaysia untuk tahun 2013 atau juga dikenali sebagai Takwim Sekolah 2013 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadual tersebut boleh didapati di portal MOE (bertarikh 3 Oktober 2012).

Untuk kemudahan rakan-rakan pembaca yang datang ke sini, saya turut siarkan takwim berkenaan di bawah untuk tatapan semua. Diharapkan takwim sekolah untuk tahun 2013 ini dapat membantu ibu bapa dan para guru untuk merancang aktiviti dan percutian masing-masing.

Continue reading