Salam sejahtera buat semua.
Dalam tidak sedar, kita telah melangkah meninggalkan tahun 1431H. Awalnya saya ingatkan Awal Muharam akan jatuh pada hari Rabu. Tetapi sebaik sahaja buka blog petang tadi (sekitar pukul 6) tiba-tiba je ada masalah akses – Error 503; kemungkinan diakibatkan oleh cubaan sambungan yang banyak tidak seperti kebiasaan.
Barulah saya sedar hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431H. Masalah akses blog tersebut disebabkan oleh peningkatan akses untuk entri bacaan doa akhir dan awal tahun. Memang telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu, namun peningkatan mendadak bermakna waktu itu kita telah berada di ambang akhir dan awal tahun Hijrah.


