Cebisan Bulan Februari 2011

Salam sejahtera buat semua.

1. Hari ini 1 Mac 2011. Bulan terakhir untuk suku pertama 2011.

2. Rasa laju sangat masa berlalu. Awal bulan Februari tempoh hari sempat pulang ke kampung sejak beberapa hari semester baru bermula.

3. Kini semakin menghampiri pula cuti pertengahan semester yang akan bermula pada 10 Mac 2011. Cuti hanya selama empat hari sehingga hari Ahad.

4. Jadi, masih buntu lagi hendak pulang ke kampung atau tidak. Bergantung diatas permintaan rakan sekumpulan dalam Plant Design Project.

Continue reading

Kini dengan WordPress 3.1 “Reinhardt”

Salam sejahtera buat semua.

WP 3.1 Django tweet

WordPress 3.1 dengan kod nama “Reinhardt” telah pun dilepaskan oleh pembangun WordPress. Sebaik sahaja kemaskini terbaru ini dilepaskan, saya tidak bertangguh untuk segera menaik taraf versi WordPress kepada 3.1 “Reinhardt” yang merupakan versi ke-14 yang dikeluarkan.

Continue reading

Ucapan Selamat Tahun Baru 2011

Salam sejahtera buat semua.

Kalendar 2011

Kalendar 2011

Tahun 2010 sudah meninggalkan kita. 365 hari yang telah berlalu dipenuhi dengan pelbagai ragam dan warna-warni kehidupan. Apakah pencapaian terbaik anda sepanjang tahun 2010?

Hari terakhir 2010. Renungkan sejenak untuk pencapaian sepanjang tahun.
*status yang ditulis semalam, 31 Disember 2010*

Tahun baru 2011 kini menjelma. Sudah sedekad kita menempuh alaf baru 2000. Setiap kali tahun baru tiba, azam tahun baru pasti ditanya. Sebelum azam baru dibina, renungkan dahulu pencapaian kita sepanjang setahun yang lalu. Berjayakah kita?

Continue reading

Berkenaan Tarikh Keputusan PMR 2010

Salam sejahtera buat semua.

Seksa juga bila tiba-tiba Streamyx merajuk tidak mahu berkhidmat selama lebih 24 jam. Terkjut bila buka blog pagi ni melihat komen-komen di entri Tarikh Result PMR 2010 Keluar.

Banyak sungguh yang bertanyakan kebenaran tarikh pengumuman keputusan PMR 2010. Saya paling suka dengan jeritan di kotak Jom Borak! (lihat gambar di bawah)