Salam sejahtera buat semua.
Berlalu sudah tahun 2011 yang melabuhkan tirainya sebaik sahaja detik jam 12 tengah malam tadi. Banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2011 dan juga merupakan tahun terakhir saya berada dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Tahun 2011 lebih banyak diluangkan di UTP dengan jumlah cuti terkumpul sepanjang tahun lalu tidak cukup sebulan pun. Ini semua bagi memastikan pengajian di UTP mendapat akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Lagipun, selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri, terutamanya buat CJ7.
Cabaran Baru di Tahun 2012
Sebaik sahaja tamat pengajian nanti (masih berbaki lagi beberapa hari), masing-masing akan membawa haluan sendiri sama ada meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi ataupun mula menempuh alam pekerjaan. Bagi saya sendiri, biarlah masa ini terus berlalu terlebih dahulu sebelum saya khabarkan apakah pilihan saya. Peluang telah pun diberi, hanya menanti untuk diambil dan ditempuhi sahaja.
Selamat Tahun Baru 2012
Cukuplah setakat ini dahulu untuk ucapan Selamat Tahun Baru 2012. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan sehinggalah 10hb nanti. Tambahan lagi, tarikh 10hb itu antara tarikh yang membawa makna saban tahun. Semoga tahun ini ia akan menjadi detik bermula sejarah baru dalam kehidupan selepas saya menduduki kertas peperiksaan akhir pada 9hb.
beliamuda: Selamat Tahun Baru 2012 buat pembaca beliamuda {dot} com.
selamat menempuhi alam pekerjaan
penaberkala´s last blog about ..WHAT SAY YOU ABOUT CJ7?
@penaberkala, selamat semuanya!