Adinda Nurul Hazwani, Genapnya Umur 21 Tahun

Salam sejahtera buat semua.

kek hari jadi

Tanggal 20 April 2011, genaplah 21 tahun umur adik perempuan pertama saya. Seperti biasa, hanya ucapan selamat hari lahir yang ringkas sahaja dihantar. Yang penting, tepat 12 malam dihantar. Haha (^_^)v

Abang curi jugak sedikit masa untuk menulis di sini (maklumlah sibuk) , nanti ada pulak yang dengki adinda sorang lagi je yang dibuat ucapan khas di sini. 😛

Continue reading

Buat Adinda Tercinta, Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-20

Salam sejahtera buat semua.

Sketch Ina

Semalam agak terlewat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat adinda Nurul Syazwina. Tapi kalau call pun, dah tidur awal-awal lagi semalam. Mesej yang dihantar pun berbalas pagi tadi je kan?

Baru abang ingat, patut la minggu lepas semangat je ajak balik rumah. Nak balik macam mana la kalau sekarang ni sibuk je memanjang.

Gambar di atas tu dihasilkan setahun yang lalu. Tak terbuat benda yang baru sebab tak sempat. Gambar dipetik semula daripada entri Lakaran Kehidupan Wajah-Wajah Ceria.

Continue reading

Apabila beliamuda {dot} com Berumur 2 Tahun

Salam sejahtera buat semua.

Jujurnya, saya kurang ingat bila tarikh tepat lahirnya blog beliamuda {dot} com ni. Yang saya pasti, saya bermula dengan domain beliamuda.com pada bulan Mac 2009. Sudah dua tahun la tu kan?

Mungkin disebabkan saya sendiri lupa akan tarikh sebenar bilakah tarikh lahirnya blog ni, maka dia pun mula buat-buat merajuk dengan saya. Nak tahu apa yang berlaku apabila beliamuda {dot} com cukup umurnya 2 tahun?

Tengok dalam gambar di bawah!

Continue reading

Mulut Macam Celaka, Tapi Hati Kecut

Salam sejahtera buat semua.

Feel it on your tounge

Bangun pagi dengan mood yang baik sebab test Malaysian Studies pada hari ini ditunda ke dua minggu lagi, sedikit tercalar dengan perangai biadap sesetengah orang dalam masyarakat kita.

Biadap tak bertempat. Mulut berkata-kata macam celaka. Suka berkata-kata kesat, perangai entah macam mana. Tidak tahu daripada mana asal usulnya, tiba-tiba sahaja mengeluarkan  kata-kata penghinaan kepada orang lain.

Continue reading