Salam sejahtera buat semua.
1. Tahun 2013 dimulakan dengan ketidakaktifan menulis di blog. Tapi saya masih tetap aktif berada dalam talian walaupun jarang juga kelihatan di Facebook dan Twitter.
2. Sejak pertengahan November 2012, saya semakin aktif di Waze.
3. Bermula dengan perasaan ingin tahu kenapa peta di kampung halaman saya yang tiada dalam Waze, saya mula mengenal kebolehan untuk menyunting peta Waze.
4. Tidak berapa lama kemudian, saya sedar akan kewujudan komuniti Waze Malaysia di Facebook dan tidak lama kemudian turut menggunakan platform GooglePlus.
5. Dengan penyertaan dalam komuniti WazeMY, saya semakin aktif melakukan suntingan peta terutamanya di Kota Bharu, Bachok dan Lembah Klang.
6. Setiap kali saya bergerak dengan kereta, perisian Waze pasti dihidupkan lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang lebih jauh dan ke kawasan yang saya masih belum ada editable area. Menghidupkan Waze sepanjang perjalanan Kelantan – KL adalah kemestian bagi saya.
7. 16 Februari 2013, satu-satunya Country Manager (Level 5) di Malaysia pada waktu tersebut bertanyakan terus kepada saya mengenai status jumlah suntingan yang telah dilakukan.
8. 18 Februari 2013, saya telah diberikan tugas sebagai Waze Localization Expert di Malaysia.
9. 24 Februari 2013, saya telah dinaikkan ke Level 3 dengan menjadi Area Manager untuk Kuala Besut dan sebahagian Kampung Raja. Kenaikan ini sekaligus meluaskan lagi editable area yang bertambah sekali ganda.
10. 9 Mac 2013, perjalanan ke Kulim dan Pulau Pinang telah membuka kawasan baru untuk suntingan yang mana merupakan salah satu kawasan lubuk emas di bahagian utara.
11. 14 Mac 2013, saya telah dijemput oleh salah seorang koordinator projek alih bahasa Waze ke Bahasa Melayu untuk turut menjadi koordinator dalam projek ini.
12. 18 Mac 2013, pilihan Bahasa Melayu sudah boleh didapati dalam aplikasi klien Waze setelah alih bahasa mencapai 100% pada hari sebelumnya. Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadikan ia mudah difahami dan memenuhi usability di Waze.
13. 19 Mac 2013, saya telah berjaya melengkapkan kesemua bonus point opportunities apabila menjadi “Top weekly user in your state” yang membolehkan saya menggunakan mood berwarna emas selama seminggu.
14. 20 Mac 2013, komuniti WazeMY mendapat seorang lagi Country Manager yang baru sahaja dinaikkan ke Level 5.
15. Kini saya berada dalam kedudukan 50 teratas pengguna Waze di Malaysia.
beliamuda: Adakah anda juga menggunakan Waze?
Pergh, da feymes siot. Beribu ribu tania!!! Beribu ribu tania!!! Beribu ribu tania!!! Keh keh keh. 😀
Pisyek´s last blog about ..Hay Job Evaluation Training
Pingback: Smartphone Pertama: HTC Desire S