Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.
Makluman untuk rakan-rakan yang menggunakan Waze di Malaysia.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa fungsi amaran had laju telah diaktifkan untuk pengguna di Malaysia, bermula 20 Julai 2016.

Salam sejahtera buat semua.
1. Seronok sangat kot rasanya dapat naik Level 4 Editor Waze sampai biar entri tu jadi yang teratas sampai lima bulan lebih.
2. Sebenarnya malas nak menulis dan itu memang kebenaran. Kenapa ada blog?
3. Dalam tempoh lima bulan lepas jugalah yang paling banyak sekali ulang-alik Puchong – Paka atas urusan kerja. Kalau nasib baik, terus lanjut ke kampung halaman.
4. Banyak kat atas jalan, banyak dapat teroka jalan baru. Memang kena dengan semangat nak update peta Waze!
5. Tolong jangan bosan kalau lepas ni lebih banyak menulis pasal Waze!
Salam sejahtera buat semua.
1. Tahun 2013 dimulakan dengan ketidakaktifan menulis di blog. Tapi saya masih tetap aktif berada dalam talian walaupun jarang juga kelihatan di Facebook dan Twitter.
2. Sejak pertengahan November 2012, saya semakin aktif di Waze.
3. Bermula dengan perasaan ingin tahu kenapa peta di kampung halaman saya yang tiada dalam Waze, saya mula mengenal kebolehan untuk menyunting peta Waze.