Telefon Pintar Pertama: HTC Desire S

Salam sejahtera buat semua.

HTC Desire S

27 April 2011 merupakan hari pertama saya menggunakan sebuah telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone. Ianya adalah HTC Desire S yang telah diberikan oleh pihak Maxis untuk Maxis10 Reviewers Programme. Pada waktu tersebut, saya terpilih untuk edisi kali ke-11 dan juga yang terakhir diadakan oleh pihak Maxis.

Dalam tempoh dua minggu, saya diberikan tugasan untuk review smartphone tersebut dan tugasan yang paling mencabar adalah untuk membuat rakaman video berkenaan fungsi HTC Sense. Sebaik sahaja berakhirnya tempoh review tersebut, saya telah diberitahu bahawa ianya menjadi milik saya.

Unboxing HTC Desire S

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, perlbagai perkara yang telah saya lakukan dengan smartphone tersebut. Di sinilah bermulanya “kegilaan” menggunakan Foursquare yang juga menyaksikan saya melanggan Mobile Internet Maxis secara berkala sebelum beralih ke talian pasca-bayar (baca: postpaid).

Dalam tempoh itu juga, telah beberapa kali kejadian tidak sengajakan terjadi kepada henpon ini antaranya skrin yang tercalar dan paling teruk sekali adalah terjatuh dari paras bahu saya ke atas jalan tar. Nasib baik kesan hentakan hanya kelihatan pada cover belakang walaupun bateri tercabut kerana bahagian penutup belakang turut terbuka.

Power Bank 13000mAh oleh Yoobao. Tawaran terbaik di PIKOM PC Fair KLCC. #gadget #tech #snap #weekend

Penggunaan HTC Desire S ini mencapai kemuncaknya apabila saya mula mengenali Waze. Penggunaannya berterusan sepanjang masa pemanduan. Jika panjang perjalanan tersebut, maka lama jugalah HTC Desire S aktif berfungsi. Tiada lagi kerisauan mengenai tidak cukup kuasa bateri kerana Power Bank 13000 mAh menjadi bekalan.

Kini, prestasi HTC Desire S telah menurun. Mungkin juga kerana kebanyakan aplikasi yang ada sekarang ini memerlukan smartphone yang jauh lebih tinggi spesifikasinya. Kejadian freeze dan hang semakin menjadi-jadi. Paling teruk adalah apabila sistem operasi itu sendiri yang tidak memberikan sebarang respon sehinggakan saya terpaksa mencabut bateri untuk reset semula.

Perjalanan kehidupan seharian dengan HTC Desire S semakin hampir ke penghujungnya. Kemungkinan ianya akan beralih tangan kepada tuan (atau puan?) baru atau disimpan begitu sahaja. Banyak juga khidmat bakti yang telah diberikan olehnya. Kini, tiba masa untuk membeli smartphone saya yang pertama, yang sebenar-benar dipilih atas kehendak diri.

Terima kasih HTC Desire S dan juga Maxis!

beliamuda: Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar barang.

2 thoughts on “Telefon Pintar Pertama: HTC Desire S

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge