Salam sejahtera buat semua.
Permulaan puasa hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Dengan ketibaan bulan Ramadhan nanti, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan. Selepas itu, Hari Raya Aidilfitri akan disambut sebagai tanda kemenangan.
Puasa pada tahun ini membawa perbezaan yang tersendiri kerana kini saya sudah berada di alam pekerjaan. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila sepanjang bulan Ramadhan nanti saya sibuk dengan projek di atas kapal di Singapura.
Merujuk kepada jadual projek, saya sebenarnya tidak punya ruang waktu untuk beraya kerana pada masa tersebut ada sesi ujian bersama klien. Namun saya yakin dapat diberi cuti dengan kebenaran pengurus projek.
Satu perkara lagi yang menjadi masalah ialah cara untuk pulang ke kampung halaman di Kelantan. Sebelum ini saya perlu mengambil dua penerbangan dari Singapura sebelum sampai ke Kota Bharu kerana tiada penerbangan terus Singapura – KB. Saya perlu transit di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Walaupun terdapat alternatif lain untuk pulang ke kampung halaman seperti dengan menaiki kereta api yang menghubungkan Singapura (Woodlands) dan Malaysia (Pasir Mas atau Tumpat), waktu perjalanan yang terlalu lama menjadikan pilihan ini tidak sesuai dengan ruang masa yang terhad.
Selain itu, saya dapati Transnasional ada menyediakan perkhidmatan bas dari Singapura ke Kota Bharu. Tapi sejak akhir-akhir ini, saya perhatikan servis tersebut seperti sudah ditamatkan. Jadi, perkhidmatan bas hanya boleh didapati di Johor Bahru yang bermula di Terminal Bas Larkin.
Memang ada pelbagai pilihan untuk saya. Ruang waktu yang terhad menjadi sekatan utama dengan faktor wang ringgit juga tidak boleh diabaikan. Semoga saya dapat membuat pilihan yang terbaik, sesuai dengan keadaan semasa.
beliamuda: Sudah terbayang sebenarnya tidak beraya di kampung halaman pada tahun ini… T_T
kan dah ada kota bharu terus ke singapore dari firefly?
Azah´s last blog about ..Tiga Kunci
Entri ni sebenarnya ditulis sebelum saya tahu kewujudan tiket tu. Baru sekarang sempat nak siarkan. Huhu~
kalau tak dapat balik ke kota bharu lepak je la raya kat melaka. melaka ngan jb dekat.. lepak rumah den..
zool´s last blog about ..Piala Suzuki AFF 2012 : Undian Malaysia dalam kumpulan B
Rumah bro kat Melaka tu area mana eh?
Kat JB – Melaka ni ramai gak geng.
Try usha dulu baru. InsyaAllah ada jalan punya untuk pulang beraya ke kampung
ProfHariz´s last blog about ..Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati
InsyaALLAH, harap-harap dipermudahkan urusan balik raya kat kampung nanti.
aku nak jadi orang paling awal ucap selamat hari raya kat ko hahaha
topo´s last blog about ..5 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Merekabentuk Banner atau Bunting
Kalau nak jadi orang paling awal, haruslah ucap sekarang.
Ayuh Topo!
Pingback: Penerbangan Sulung Kota Bharu-Singapura oleh Firefly | beliamuda {dot} com