Mumble-less Monday #25: Kad EZ-Link Singapura

Salam sejahtera buat semua.

Kad ezlink, sama macam kad TnG di Malaysia

Kad Ez-Link di Singapura lebih kurang sahaja dengan kad Touch ‘n Go di Malaysia dari segi kegunaan. Sejak minggu pertama saya berada di sini lagi saya telah diberitahu mengenai kad ini oleh rakan sekerja.

Namun, memandangkan tiada keperluan untuk menggunakan perkhidmatan awam pada waktu itu, saya tidak memiliknya. Akhirnya, saya membeli juga kad EZ-Link ini semalam di 7-Eleven dengan harga SGD10 (SGD5 untuk harga sekeping kad dan lagi SGD5 untuk baki nilai dalam kad).

Continue reading

Dapatkah Pulang Beraya di Kampung Halaman?

Salam sejahtera buat semua.

Balik kampung

Permulaan puasa hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Dengan ketibaan bulan Ramadhan nanti, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan. Selepas itu, Hari Raya Aidilfitri akan disambut sebagai tanda kemenangan.

Puasa pada tahun ini membawa perbezaan yang tersendiri kerana kini saya sudah berada di alam pekerjaan. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila sepanjang bulan Ramadhan nanti saya sibuk dengan projek di atas kapal di Singapura.

Continue reading

Cuti Akan Berakhir, Persekolahan Bakal Bermula Semula

Salam sejahtera buat semua.
Hari Sabtu bakal melabuhkan tirainya. Esok sesi persekolahan di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan bermula semula sebelum dituruti oleh negeri-negeri lain pada hari Isnin.
Malam ini adik saya akan menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur bagi kembali semula ke sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS). Pastinya ramai lagi yang akan memulakan perjalanan dengan bas pada malam ini.
Keadaan jalan menuju ke stesen bas pastinya sesak. Adik saya akan menaiki bas di Tesco Kota Bharu. Lebih sesak la jalan menuju ke sana. Kalau anda biasa dengan keadaan jalan di situ, pastinya anda faham.
Jangan disebabkan kesesakan lalu lintas, terlepas pulak untuk menaiki bas. Pernah sekali terperangkap dalam kesesakan sampaikan perlu turun terus daripada kereta untuk ke tempat menaiki bas. Harap malam ni tak macam tu.
Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S.
beliamuda: Selanat kembali ke sekolah!