Salam sejahtera buat semua.
Rakan-rakan sekerja yang lain akan keluar makan di kafe seperti biasa sebaik sahaja tiba waktu makan tengah hari. Tapi saya tidak turut serta kerana berpuasa dan terus berada di dalam pejabat.
Masa inilah peluang yang saya ada untuk online. Nak harapkan waktu selepas berbuka puasa dan terawih, memang payah sikit la sebab badan yang penat dan rasa mengantuk. Kena pula nak bangun awal pagi untuk bersahur.
Semasa waktu makan tengah hari inilah saya berpeluang untuk blogwalking ke beberapa blog rakan yang lain. Nak menulis entri di blog sendiri pulak tak berapa menjadi sebab tiada ilham yang datang. Memang jarang menulis waktu tengah hari pun sebenarnya.
beliamuda: Kadang-kadang tu sempat la jugak lena sekejap, bergantung kepada mood semasa…