Salam sejahtera buat semua.
Sesungguhnya tiada dalam perancangan pun untuk menonton majlis pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London. Memang tak tahu pun yang majlis pembukaan adalah pada pagi ini.
Kebetulan jenguk Youtube selepas sahur, ada siaran langsung perarakan masuk kontinjen yang bertanding di Olimpik London 2012. Dengan kelajuan Internet yang mampu menampung untuk streaming Full HD, dapatlah buat screenshot yang jelas dan terang.
Alang-alang dah tengok perarakan masuk ni, mestilah nak tunggu perarakan masuk pasukan Malaysia. Sambil tunggu tu, dapatlah jugak mengenal negara-negara lain yang namanya tak pernah dengar pun. Lepas kontinjen Malaysia masuk, memang dah tak tengok la. =D
beliamuda: Selamat berjuang buat kontinjen Malaysia di Olimpik London 2012!
Baju lelaki kalau takde kain merah tu ok sikit rasanya. Banyak sangat guna warna terang2.
Amir Said´s last blog about ..Resepi Sambal Ikan Bilis Petai