Pemeriksaan Kereta Percuma dengan Perodua Tweckbot Sebelum Raya

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Viva

Saya adalah salah seorang pengguna kereta Perodua walaupun Perodua Viva yang saya pandu itu bukanlah milik saya. Sejak hampir dua tahun saya menggunakan Perodua Viva, sudah banyak kali saya menghantar kereta untuk diservis. Memang servis Perodua sangat memuaskan!

Kali terakhir saya menghantar Viva untuk diservis adalah lima bulan yang lalu yang mana pada waktu tersebut saya telah terserempak dengan seorang blogger. Mengikut perancangan waktu tu, waktu servis yang seterusnya untuk Viva adalah sekitar sebelum balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.

Itu perancangan pada waktu tersebut la. Nampaknya perancangan tidak menjadi kerana saya kini berada di Singapura. Perodua Viva tersebut pula kini berada di Pulau Pinang dan digunakan oleh adik saya.

Buat pengetahuan rakan pengguna kereta Perodua yang lain, Perodua sekarang ini sedang mengadakan servis pemeriksaan 20-poin percuma dengan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Perodua Tweckbot.

Lokasi Perodua Tweckbot Raya 2012

Sejak 13 Julai yang lalu, Perodua Tweckbot telah berada di beberapa lokasi di seluruh negara seperti di Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Kini, tiga lokasi masih lagi berbaki iaitu Taipan USJ & Shah Alam (3 Ogos), Jelatek & Keramat (4 Ogos) serta Sungai Buloh dan Kota Damansara (5 Ogos).

Bagi pengguna kereta Perodua yang berada berdekatan dengan lokasi yang bakal dikunjungi oleh Perodua Tweckbot, jangan lupa untuk tweet (@MyPerodua), mesej laman FB Perodua atau hantarkan SMS ke 016-6020287 untuk mendapatkan pemeriksaan percuma.

beliamuda: Kalau tak pakai Perodua tu, jangan gatal tangan nak guna servis Perodua Tweckbot ni pulakā€¦

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge