Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 2012

Salam sejahtera buat semua.

Seminggu lebih sudah blog sepi tanpa kemaskini. Nampaknya ada janji yang tidak tertunai. Cuma sekadar sempat membuat ucapan ringkas di Facebook rasmi beliamuda {dot} com.

Hari ni dapatlah saya menjejakkan kaki di Malaysia setelah hampir sebulan di Singapura. Tapi kepulangan ini tidak berkaitan langsung dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang berlangsung pada hujung minggu ini. Secara rasminya juga, saya menyatakan tidak akan ke sana.

Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada tahun ini seperti dilanda kontroversi seperti yang banyak dikongsikan di Facebook. Saya tidak berkesempatan untuk merungkai lebih lanjut.

Lebih penting lagi, pada malam ini Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan berada di Majlis As-Salam, Puchong Perdana. Sangatlah dekat dengan kawasan rumah sewa saya di Saujana Puchong. Namun, saya tidak berkesempatan ke sana kerana akan berada di kampung halaman. Sejak Tahun Baru Cina, inilah kali pertama saya pulang.

beliamuda: Semoga saya selamat dalam perjalanan ini. Mohon doa rakan-rakan semua. Kemaskini ini secara langsung dari Lapangan Terbang Changi, Singapura.

2 thoughts on “Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge