Lagi Panggilan Jual Insurans Daripada +60320340777 dan +60320544672

Salam sejahtera buat semua.

phone

Sejak kebelakangan ini, sudah beberapa kali saya dapat panggilan daripada agen insurans yang ingin menawarkan insurans “menarik”. Walaupun saya tidak sempat mendengar tawaran insurans yang ingin dijual, namun melalui jangkaan awal dan carian di Google, sudah boleh diagak modus operandi mereka.

Sebelum ini saya ada kongsikan panggilan jual insurans daripada dua nombor yang berbeza. Kali ini, lagi dua nombor telefon berbeza membuat panggilan untuk tujuan yang sama iaitu 0320340777 dan 0320544672. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai agen daripada AIA.

Saya tidak pasti dari mana mereka mendapatkan nombor telefon saya, tapi dengan sebutan nama penuh yang betul dan tepat, saya jangka ianya bukan daripada Internet kerana saya tidak pernah menyiarkan nombor telefon bimbit.

Mesti ramai lagi rakan-rakan pembaca di luar sana yang pernah mendapat panggilan serupa.

beliamuda: Kalau ada lagi panggilan macam ni lepas ni, mungkin saya tak teragak-agak untuk memanaskan telinga pihak yang membuat panggilan tersebut. Huh!

5 thoughts on “Lagi Panggilan Jual Insurans Daripada +60320340777 dan +60320544672

  1. cerita dia simple je, diorg buat panggilan daripada outsource ataupun in-house(insurans company). number korg ni ataupon database customer of coz la bank yg provide. bkn bank tak amanah, tap mase korg bukak account tu klau korg selidik betul2 borang tu ataupn baca T&C, dgn menandatangani borang tersebut, anda telah memberi kebenaran untuk mendedahkan maklumat anda kpd pihak ke-3 (insurans company) bagi tujuan pemasaran silang, pemasaran secara langsung dan promosi sahaja. dorg call cuma nk offer insurans je, klau rse bgus amik la, klau tak tak pyh la. aku pon TSR(Tele-sales Representative) jgk. aku buat utk produk Prudential. telemarketing ni dah lama wujud, cuma aku pelik gk bg org yg tak tau bnde cmni, dok dlm gua ape.

    • Ya bro. Selama ni kita orang duk dalam gua. Baru lepas keluar gua, masa ni la kan nak kenal apa yang ada kat luar. Takkanlah keluar gua terus tahu semua kan?

  2. aku baru dapat kol dari no tu yg AIA tu,aku rasa dorg ada main kolony sbb tu dpat no tu hahaha,pekerja AIA main kolony hahahaha,mcm budak2,tua bengka pun men kolony hahaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge