Salam sejahtera buat semua.
Semalam, saya dikejutkan dengan panggilan daripada dua nombor iaitu +60320366888 dan +60327874200. Panggilan daripada nombor pertama tidak dijawab kerana saya sedang menunaikan solat. Selepas itu masuk pula panggilan kedua daripada nombor berlainan.
Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk menjawab nombor yang tidak dikenali ini kerana ianya akan menyebabkan saya dikenakan caj. Untuk pengetahuan, saya sekarang berada di Singapura. Maka, nombor talian henpon saya berada dalam roaming.
Sebaik sahaja mendengar pemanggil memperkenalkan diri dan menyebut dengan tepat nama saya, terus saya mencelah dan menjelaskan keadaan saya dengan sedikit marah. Mana tidaknya, panggilan dibuat semata-mata untuk mempromosikan insurans.
Selepas itu si pemanggil memutuskan talian (saya tidak ingat sama ada dia ada meminta maaf atau tidak). Nombor pertama juga dikenalpasti menjual insurans berdasarkan carian di Internet.
Saya musykil, daripada mana mereka mendapat maklumat diri saya (nama penuh dan nombor telefon). Terdetik juga mungkin pihak bank yang memberikan maklumat kepada mereka, sama ada mereka daripada syarikat induk yang sama ataupun maklumat tersebut dijual.
Mesti ramai lagi pengguna di luar sana yang turut mendapat panggilan yang serupa. Saya sendiri sebenarnya sudah banyak kali mendapat panggilan yang serupa.
beliamuda: Panggilan sebegini sangatlah mengganggu dan mendesak sebenarnya…

Leave a Reply