Salam sejahtera buat semua.
Pada tahun lepas, saya ada membuat beberapa keping kad ucapan khas Hari Guru untuk adik saya bagi ditujukan kepada cikgu-cikgu dia. Namun, pada tahun ini saya tidak berkesempatan untuk membuat kad ucapan ini. Lagipun, tiada permintaan seperti tahun lalu.
Kalau tak silap, pada waktu tersebut saya sedang bercuti semester selama seminggu di rumah. Itu kisah setahun yang lalu. Kini saya sudah bekerja dan laptop peribadi pula tidak berada bersama saya ketika ini.
Jadi, tidak berkesempatanlah saya untuk membuat kad (atas kehendak sendiri) kerana tiada perisian yang diperlukan. Bukan sebarangan perisian boleh dipasang dalam laptop kerja ni. Semua kena ada lesen dan bukan versi lanun.
Walaupun tiada kad khas ucapan Selamat Hari Guru pada tahun ini, harapnya saya dapat menyediakan satu entri khas sebagai ucapan Selamat Hari Guru.
beliamuda: Kalau ada permintaan pun, memang tak sempat nak buat…
guru sampai bila2 aku kenang